tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Ahad, 10 April 2011

SYAHADAH

PENGERTIAN DAN TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH

(PENGENALAN)
Ungkapan dua kalimah syahadah merupakan dua perkataan yang nilainya melebihi nilai dunia dan segala isinya di sisi Allah S.W.t dan orang-orang beriman.Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"sekirannya hendak ditimbang nilaidua kalimah syahadah dengan segala isi dunia,nescaya timbangan yang membawa dua kalimah utulah yang terlebih berat"

Dua kalimah syahadah adalah ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama ISLAM.

Apabila seseorang non-muslim ingin memeluk agama ISLAM, maka dia perlu mengucap dua kalimah syahadah.


(DEFINISI SYAHADAH)

Syahadah ialah mengetahui,memberitahu dan menjelaskan. Syahadah boleh dilaksanakan melalui pertuturan perbuatan.


(SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SYAHADAH)

1) ILMU
*pengucap syahadah perlu memiliki ilmu. Ini dibuktikan oleh IMAM AL-BUKHARI dalam penyusunan bukunya ( SAHIH AL-BUKHARI) dengan meletakkan satu bab khusus tentang ilmu sebelum berkata-kata dan melakukan sesuatu. Oleh itu,tidak sah syahadah yang diucapkan oleh orang yang jahil.

2) YAKIN
*keyakinan yang kukuh akan menolak rasa syak di dalam hati.
FIRMAN ALLAH S.W.T:

"sesungguhnya orang-orang mukmin adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tiada ragu-ragu"
(SURAH AL-HUJURAT: AYAT 15 )

3) PENERIMAAN (QABUL)
*penerimaan penuh terhadap tuntutan dua kalimah syahadah dengan hati dan sebutannya. Al-Quran telah menerangkan tentang azab mereka yang berbohong dan menolak syahadah dari kalangan umat terdahulu. FIRMAN ALLAH S.W.T :

"sesungguhnnya mereka terdahulu aapabila dikatakan kepada mereka " la ilaha illa Allah" mereka menyombongkan diri seraya berkata: "Apakah sesungguhnya kami patut meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair gila?"
(SURAH AL-SAAFAAT: AYAT 35-36)

4) MENURUT PERINTAH
*menurut perintah yang dikehendaki oleh kalimah syahadah untuk mengesakan Allah dan menolak larangan -Nya. FIRMAN ALLAH S.W.T :

"dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia muhsin(berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali agama Allah yang teguh "
(SURAH LUQMAN: AYAT 22)

5) MEMBENARKAN
*menafikan pembohongan ddengan membenarkan di dalam hati seperti yang disebut oleh lisan. FIRMAN ALLAH S.W.T:

"apakah manusia mengira mereka terus dibiar (sahaja) dengan mengatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji.Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(SURAH AL-'ANKABUT: AYAT 2-3)

6) IKHLAS
*menyucikan segala nikmat dengan niat yang baik daripada segala unsur syirik: FIRMAN ALLAH S.W.T :

"padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya mengabdikan kepada Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya dalam (menjalankan agama yang suci) iaitu tetap teguh di atas tauhid"
(SURAH AL-BAYYINAH: AYAT 5)

7) KASIH
*tanda-tanda kasih seorang hamba terhadap tuhannya ialah mendahului kasih-Nya terhadap-Nya walaupun bertentangan dengan hawa nafsu dan kehendak. FIRMAN ALLAH S.W.T :

"dan di antara segolongan manusia yang menyembah tandingan-tandingan (sekutu-sekutu) selain dari Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka meka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat mencintai Allah"
(SURAH AL-BAQARAH: AYAT 165)



(KESIMPULAN)

kalimah syahadah adalah tunjang akidah ISLAM. Daripda kalimah inilah akan lahir seorang muslim yang patuh dengan segala sistem,hukum,perintah dan ajaran ISLAM. Ibadat yang dilaksanakan juga akan menambahkan iman dan memantapkan akidah sehingga seorang muslim itu mampu mengharungi ujian dan cucaan di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan