tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Sabtu, 19 Mei 2012

siapa??

menggapai dalam gelap
lautan hati
penuh dusta
mengorak langkah 
gagah perkasa
sederap bertapak
aduhai manusia
segalanya alpa
mencerna kata nista
mengukir kata
menebarkan segalanya

dia baru bertatih
melangkah penuh
letih
mengapa hatiku
pedih
terasa sayu
sedih
bagaikan merintih


semalam menjengah
kenangan
mengukirkan ketenangan
pada sebuah
kedamaian
yg bawa aku
belayar aman
penuh pengharapan
mencari redha dari
Tuhan


 titis hujan
embun hati
kemarau diri
pada keinginan
menggharap sedikit
ihsan
pada ukiran
kemanusian
seorang insan



selamilah lautan jiwa
andai kau tidak
mahu kecewa
renangi sungai rasa
andai kau tidak
terleka
memahami monolog
bait kata-kata
menggambarkan segalanya
siapa aku
sebenarnya

 
 

BICARA HATI

bila hati bicara
degup jantung
bergetaran
manis senyuman terukir
indah bahasa
dalam tawa
senyum simpul bahagia
bila hati bicara
menidakkan segala rasa
hakikatnya terluka
meraih bahagia
sementara
ya Allah
indah bicara hati
bila Kau tautkannya
indah bicara hati
bila jiwa bersamanya
Ya Allah
bicara hati
terus berbicara
mengharap dalam doa
mengarang dlm setiap
kata
http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif

Khamis, 26 April 2012

Bersediakah??




Assalamualaikum … selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w serta selawat dan salam buat kaum keluarga baginda…

Hari ni sy nk coretkn sdkit tentang tajuk bersediakah???
Hurm apa yg bersedia ni ya … mesti jd tanda tanya kn??
Ok .. now let me explain …
Bersediakah kita menjadi seorang suami?? Seorang ayah?? Seorang imam dalam keluarga??
Bersediakah kita menjadi seorang isteri?? Seorang ibu??


©      Bersediakah kita menjadi seorang suami?? Seorang ayah?? Seorang imam dalam keluarga??

Menjadi seorang suami bukan sekadar pada lafaz akad nikah semata-mata … apabila anda telah membuat keputusan utk menjadi seorang suami pada seorang wanita yang anda pilih utk menjadi suri dlm hidup anda… bermakna anda telah bersedia menggalas tanggungjawab dan memikul amanah drpd ayah wanita itu … anda memang hebat jika anda memang yakin mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah itu …. Jadilah suami yang dpt melindungi isterinya drp fitnah dunia… didiklah isterimu itu dgn didikan islam yg sempurna.. jgnlah nnti krn terlalu kasih, syg, dan cinta maka si suami hanya diam membisu shja pada kelakuan salah istri … x kiralah dlm pergaulan .. atau bab aurat … x salah dia nk istrinya berpakaian cantik.. tp biarlah cantik dan sopan mengikut Islam… jgn lah dikategorikan sebagai suami yg “dayus”


Bila dah jd suami … insya allah … dikurniakan olehNya cahaya mata.. pelengkap kehidupan sebagai pasangan suami istri.. penyeri rumah tangga.. tautan kasih syg dlm keluarga… tp bersediakah nk jd ayah?? Dah bertambah satu lg tanggungjawab dan amanah utk anda … fikirkanlah … perkahwinan sememangnya membahagiakan … tp seandainya kita x menghargai cahaya yg Allah bg dlm hidup kita td ?? mcm mana?? Kita abaikan hidup dia… hak dia utk mendapat kasih syg seorang ayah… kita biarkn dia menderita kesusahan… sedangkan dia ada seorang ayah… knp ini terjadi?? Inilah yg selalu menjadi persoalan… sbnrnya ini adalh salah satu sbb seseorg yg brgelar suami itu blum brsdia nk mnjadi seorg ayah… dia masih mahu hidup berdua shja dgn pasangan nya… alangkah ruginya org yg menidakkan kurniaan Ilahi ini … anak adalah anugerah yg indah dlm khdpan rumah tangga… didik dan asuhlah anakmu dgn cara Islam … semoga Allah kasih dan redha pada kebaikan mu pada anak-anakmu …


Duhai yg bergelar suami … dirimu ku hormati.. status mu sbgai seorg suami ku sanjungi … hurm … tp bersediakh nk jd imam pada keluarga??? X kn nk solat sorang 2 lg … istri kn ada… anak kn ada ( jika Allah kurniakan) x nk ajak diaorg solat sama-sama?? Bukankh bnyak pahala solat berjemaah… Allah syg pd hambanya yg memperlakukan istrinya dan anak-anaknya dgn pnuh kasih syg dan kebaikan… ajaklah dan bimbinglh istrimu dan anak-anakmu utk berjemaah bersama… x susahkn nk solat berjemaah?? X susahkn jd imam?? Alah ..pada istri dan anak-anak je pun… bukan sampai beratus org makmum awk tu … apa nk takut… mcm mana nk jd llaki lau itu pun takut… mcm mana nk jd pembela keluarga lau suruh jd imam pada istri dan anak-anak pun dah gabra… cuak…



©      Bersediakah kita menjadi seorang isteri?? Seorang ibu??

Seorang isteri … wauuuuu…. Gembiranya jd istri pada seorg yg kita syg dan cinta krn Allah … bahagianya bila ada seorg llaki Allah kirimkan menjadi peneman dlm perjalanan khdupan ini … gembira dan berbahagia boleh … tp…….. anda jgn lupa… besar tanggungjawab jd istri .. lau rasa diri tu x reti nk bertolak ansur dgn org .. pemarah x tentu pasal … merajuk berminggu dan berbulan lamanya… x payah nk mengada lah nk jd istri .. nnti ribut jadinya …
Awk ingat jd istri tu mudah ke?? Ingat mcm main masak-masak masa kcik ke?? Ingat senang mcm blajar abc … 123 ke?? Sorry ckit ek … jd istri means awk kongsi hidup awk tu dgn seorg yg lain selain your family k ! so… x yah menggedik sngt lah nk khwin konon nya… tp sal tnggungjawab … hampeh … lupa diri … buat perangai mcm dia tu still single lak… x sesuai k …
Seorang isteri yg solehah… adalah seorang kekasih … kwn… sahabat pada seorg suami… menjaga mkn minumnya…. Menjaga pakainya… menjaga hatinya … menungkapkan kata-kata yg baik dan penuh kasih syg… menjaga maruah diri sbgai istri.. bukan nya panggil n ckp ikut suka hati je,… suami bukn nya kwn sekolah kita nk ckp kau aku … lau x pandai masak… takpe lg … asalkn brani utk blajar memasak.. x pandai kemas rumah?? Hurm … berubahlh … xkn lh nk biar rumah awk mcm tongkang pecah kn?? Malunya org tengok .. ish… jgn jd budak kcik.. awk dah besar.. matang ok !

Tadi jadi isteri… agak 2 lh sdia blum??? Hurm … mcm mana lak jd ibu?? Sedia ke?? Awk rasa awk ni boleh syg x anak awk?? Boleh jaga x anak awk?? Boleh asuh n didik x dia ?? lau x … x yah berangan lh nk memiliki anak… lau just … eeeeeehhhhhhh…cute nya baby ni… comelnya baby tu … tp bila suruh jaga … ditinggalkn merata-rata… bila anak sakit … buat  x tahu je… biar kat suami urus smua anak 2… ish … apalh awk ni… tlg lh… jagalh sama 2 ngan suami… awk ingat dia org gaji ke?? Sorry skit miss… you is mom … jd … rasanya nk jd ibu ke ni??? Sanggup ke bersengkang mata jaga anak-anak?? Jgn awk rasa menyampah or serabut lak bila ada anak nnti…. So….. think carefully.. be a wife?? Be a mother??

Jangan tergopoh gapah … nnti awk pulak yg minta cerai ngan suami.. konon nya x sanggup nk hdup susah lh.. penat jaga anak sorang 2 lh…

Jadilah istri yg solehah.. ibu yg penyayang.. binalah rumah tangga yg bahagia dgn suami tercinta … semoga Allah redha dan merahmati khdupan mu ….

Selasa, 24 April 2012

kisah cinta (lirik lagu kumpulan feel honey)



Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai
kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku  janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..
air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali
walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
Artis : FeelHoney

BICARA KALBU











surah ar-rum ayat 21:

 { dan di antara tanda-tanda kebesaran Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir }


                    “Kubiar kalam berbicara mengurai maksudnya dijiwa
                      agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan ilahi
                      kubiarkan pena menulis meluahkan rasa di hati moga terubat perasaan dijiwa”
                                                                                                                         (lirik nasyid)


 YA RABBI
PADAMU KUMOHON KEKUATAN HATI
PADAMU KUMOHON KETENANGAN JIWA
JADIKANLAH AKU INI
INSAN YAG DIKASIHIMU
INSAN YANG DICINTAIMU 

YA RABBI
HAMBAMU YANG HINA INI
PENUH DENGAN DEBU-DEBU DOSA
SINARILAH HATIKU DENGAN CAHAYA HIDAYAHMU
SINARILAH JALAN HIDUPKU DENGAN CAHAYA PETUNJUKMU


YA RABBI
AKU INGIN MENJADI HAMBAMU
YANG SELALU RINDU, KASIH, DAN CINTA PADAMU
AKU MENGEMIS REDHA DARI MU RABBI
USAH KAU PALINGKAN WAJAHMU DARI DIRIKU YANG HINA INI


ALLAH YANG MEMILIKI
SEGALA KEKUASAAN
ENGKAULAH YANG SATU
ENGKAULAH YANG AGUNG
HANYA ENGKAU YANG MAHA MELIHAT
MAHA MENDENGAR


YA RABBI
KUMOHON SETULUS HATIKU
BAWALAH AKU DALAM CINTAMU DAN RINDUMU
AKU  MENDAMBAKAN KASIHMU

ALLAHU RABBI ........

Ahad, 22 April 2012

PEMUDA ISLAM

ASSALAMUALAIKUM PEMUDA ISLAM
SALAM UKHWAH KU MULAKAN
BIARPUN SEDETIK WAKTU  KITA MENGENALI
NAMUN ADA SESUATU AKAN KU CORETI

PEMUDA ISLAM
SEMANGATMU KENTAL
SABARMU MENGGUNUNG
HATIMU JUJUR
BAIT KATAMU SOPAN
TIADA BAHASA MENINGGI DIRI

PEMUDA ISLAM
MENGENALIMU SUATU KEGEMBIRAAN
PENCETUS IDEA YANG GEMILANG
GAYAMU PEMALU TAPI KATA-KATAMU LUCU

PEMUDA ISLAM
NIATMU TULUS
DITEMUKAN ALLAH PADA "ALFATEH"
SATU KERAGUAN MENIMBULKAN PERSOALAN
AKHIRNYA TERBENTANG PADA KEAJAIBAN
ALFATEH SEORANG PUTERI YANG BERJAYA MENCUIT HATI
MENGUKIRKAN BAIT KATA PUITIS INI

Sabtu, 21 April 2012

MONOLOG DIRI

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN .. SETIAP PERKENALAN YANG DIMULAI JUGA PASTI AKAN ADANYA JUA PERPISAHAN ... SEANDAINYA TEMPOH WAKTU PERKENALAN YANG PANJANG ITU BERLALU PERGI .. KITA HARUS MELEPASKAN NYA .. USAH DIPEGANG ERAT ... KERANA IANYA AKAN TETAP TERPUTUS JUGA WALAU SEKUAT MANA PEGANGAN KITA ... MENGAPA DIBIARKAN MINDA TERUS BERMAIN MENGIKUT MELODI HATI YANG SEDIKIT GUNDAH DAN SEPI ...  MULAKAN HARI YANG INDAH KEMBALI .. DENGAN TERANGNYA CAHAYA MENTARI .. INDAHNYA CAHAYA PELANGI .. GEMERLAPNYA CAHAYA BINTANG DI LANGIT ...

USAH DINANTIKAN JAWAPAN PADA BAYU ANGIN YANG SENTIASA BERTIUP KERANA KITA TIDAK TAHU BILA JAWAPAN PADA PERSOALAN YANG KITA TUNGGU ITU AKAN HADIR ... MENGAPA BERLAGU GUNDAH DAN HIBA ANDAINYA TIADA KHABAR DAN SALAM ... BIARKANLAH IA BERLALU ... KEJARLAH CAHAYA PELANGIMU ITU HINGGA KE PENGHUJUNGNYA .. GAPAILAH BINTANG DI LANGIT ITU ANDAI KAU YAKIN PADA DIRI .. TEGARLAH BERLARI DIBAWAH TERANG MENTARI .. KERANA KAU SEORANG YANG TABAH DAN KUAT ... 

USAH MERAJUK PADA BAYANG MENTARI SENJA .. PASTI MALAM BERCAHAYA NYA BULAN .. USAH BERDUKA PADA TITISAN HUJAN ... PASTI PELANGI MENCORAK RASA ..BAWALAH HATIMU ... RASA BAHAGIA DAN DUKAMU ... MENGEMBARA KE LAUTAN KEHIDUPAN .. MEREDAH SAMUDERA DAN DENAI-DENAI PERJALANAN ... ANDAI KAU REBAH JANGAN BERPUTUS ASA UNTUK BANGKIT KEMBALI .. ANDAI KAU TERLUKA ... BELAJARLAH UNTUK MENGUBATI ..

KAU PASTI BOLEH .. KERANA KAU MAMPU ... YAKINLAH ALLAH ITU SENTIASA ADA DI SISIMU...

KEINDAHAN CIPTAAN ILAHI


KEINDAHAN PEMANDANGAN SENJA





SAYA SYORKAN PADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT PADA KEINDAHAN SENJA DI PANTAI  UNTUK DATANG DAN MERASAI SENDIRI PENGALAMAN INI.....







ANTARA BULAN MARCH DAN JUN ADALAH WAKTU YANG PALING SESUAI UNTUK SIAPA-SIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK BERMAIN LAUT...