tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Sabtu, 4 Januari 2014

Kelahiran dan Riwayat Hidup Bilal bin Rabah


Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf.

Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.

Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!

Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.

Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".

Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.


Kelebihan beliau

Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.

Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Kematian beliau
Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda.” Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.







Album : Riwayat Agung
Munsyid : All One
http://liriknasyid.com


SUARA MUAZZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA


DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA


ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI 


KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT


ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH


DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA












Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.



1. Definisi Persandingan:

meletakkan suami-isteri yang 

baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan

 berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua

 jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang

 tertentu sahaja.

2. Tujuan: 

antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, 

menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur 

hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.


3. Sejarah: 

ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya

 persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa 

persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana 

istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu 

yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, 

PAP, 1964

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari 

India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago,

 Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata 

Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:


(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.


(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.


2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.


3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)


4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)


7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan 

dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat 

kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan

1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam



Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.





1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".http://sarungcincin.blogspot.com/2009/06/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html

Bersalam Dengan Bukan Mahram


Ramai di kalangan pengaku ustaz apabila bersalaman dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya “bukankah bersalam dengan mereka itu haram?” Dengan cepat mereka akan menjawab....  "alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh ler bersalaman", atau dengan pel;bagai alasan lainnya. Dengan ertikata puluhan alasan lagi  yang dikemukakan hakikatnya  adalah tidak  takut terhadap hukuman berat Allah SWT  serta tidak menjadi ummat yang patuh kepada  Rasulullah SAW.


APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?


Di dalam membicarakan hukum bersalam antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan mahram yang sudah dewasa (tetapi bukan untuk membicarakan hukum bersalaman dengan wanita yang sangat tua atau kanak-kanak perempuan yang masih kecil) maka setiap yang 'mukallaf' perlu mengambil perhatian yang sewajarnya.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah ra. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana terhadap beberapa orang perempuan:  Aisyah berkata yang mafhumnya:  


" Demi Allah, tangan Baginda SAW tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda SAW hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Imam Bukhari).

Hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah SAW bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah Baginda SAW dengan cara bersalaman. Sunnah Rasulullah SAW  itu perlu ada di dalam diri setiap muslim. Yang demikian  sekiranya berlaku kepada kita di mana ada wanita yang bukan mahram menghulur tangan untuk bersalaman  atau lelaki bukan mahram menghulur tangan kepada wanita untuk bersalaman, maka jalan yang  terbaik ialah kita tidak perlu menyambut untuk bersalaman tetapi hendaklah dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam tangan.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:"Maksud ucapan Rasulullah SAW yang mafhumnya: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.
Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. Berkata yang mafhumnya: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i).
Dari Ma'qil bin Yasaar katanya, Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya:"Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya)." (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: "Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bahagian daripada zina yang pasti akan menimpanya. Keduanya ialah mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: "Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)" (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).
Kesemua dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalaman antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.



BENARKAH DI SANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?


Ada di antara kita yang bersangat-sangat hendak mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita dengan sering mengunakan hujjah logik sendiri, dengan mengunakan beberapa hadis yang menyebut nabi memberi salam kepada 'sohabiyah'. Amat malang hadis tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan ‘BUKAN BERSALAMAN’ dengan wanita. Ya, dalam Islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan ‘DIHARAMKAN’ kita bersalaman dengan wanita bukan mahram.

Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan mahram ini bahkan Rasulullah SAW sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih sekali jika kita tidak menghidupkan sunnah Nabi SAW iaitu dengan tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram.



KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?


Jawapannya ialah  tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita di hadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, sama ada tanpa bersyahwat atau tidak, atau pun untuk terselamat dari fitnah atau tidak hukumnya tetap HARAM.

Soalan yang sering di lontarkan oleh ‘pemuka sunnah yang palsu’ - Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan mahram ke tidak?! Ketahuilah oleh kamu semua bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan (bukan mahram)." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i).

Sehinggakini bagi yang mengaku ‘mukmin’ yang ‘masih mengamalkan bersalaman dengan wanita bukan mahram’ maka tinggalkanlah perbuatan itu. Janganlah hendaknya kita ‘bertasamuh’ dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki.  


KESIMPULAN
1. Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah di antara yang halal bukan yang haram.
2. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan yang bukan mahram itu tetap ‘haram’. Ingat mengingatkan adalah suatu kewajiban kita sesama Islam, sesungguhnya semua umat Islam adalah saudara kita.


http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2009/10/soal-jawab-agama.html



Persoalan Semasa:Perbezaan Nikah Khitbah dan

 

Nikah Muta'ah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Perkahwinan merupakan satu akad yang dapat menghubungkan serta menghalalkan segala bentuk perhubungan yang mana pada mulanya haram ke atas lelaki mahupun perempuan yang bukan muhrim.Pada hari ini ,banyak berlakunya gejala kerosakan akhlak yag mana mendorong kepada pelbagai gejala negatif seperti zina. Kesan daripada berlakunya zina itu, menyumbang kepada lahirnya anak luar nikah yang mana penyelesaian bagi kelahiran bayi itu adalah dengan membuang dan tidak kurang ada juga yang turut membunuh bayi tersebut. Dalam hal ini, Islam telah memberikan jalan keluar dengan adanya pernikahan bagi lelaki dan perempuan yang ingin bersama.Dalam pernikahan itu turut mengajar manusia itu erti tanggungjawab dan ianya juga secara tidak langsung memberikan sedikit masalah kepada sesebuah pasangan itu untuk bersatu. Hal ini kerana jika bagi pihak ibubapa ,  mereka gusar atau bimbang anak-anak mereka tidak dapat menjaga tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Namun bagi sesetengah pasangan mereka gusar jika mereka tidak dapat menjaga batasan perhubungan sehingga mendorong kepada zina.Walau bagaimanapun, berlaku sedikit salah faham dalam masyarakat yang mana ada segelintir menyamakan nikah khitbah dengan nikah muta'ah .Oleh itu, tujuan bagi artikel ini ditulis adalah untuk memberikan perbezaan antara nikah khitbah dan juga nikah mut'ah.

secara umumnya, rukun-rukun nikah terdiri kepada
  • wanita yang sah untuk dikahwinkan serta bukan muhrim bagi pasangannya
  • lelaki yang sah untuk dikahwinkan dan bukan muhrim bagi pasangannya
  • wali
  • saksi
  • akad (ijab dan qabul)
Nikah khitbah
secara umumnya,nikah khitbah ini bermaksud nikah gantung yang mana pasangan yang bernikah ini menepati rukun-rukun nikah  namun terlepas dari memberi mahupun menerima nafkah berdasarkan syarat-syarat yang tertentu  untuksesuatu tempoh masa yang tertentu. Dalam erti kata lain,nikah khitbah ini telah menepati rukun-rukun pernikahan menurut islam.Namun ia mempunyai beberapa syarat tertentu yang mana memberi kelonggaran kepada pihak lelaki yakni suami untuk terlepas dari memberikan nafkah kepada isterinya untuk beberapa tempoh tertentu.nikah khitbah ini akan terbatal atau menjadi nikah biasa kembali apabila isteri tinggal serumah dengan suami yang mana dalam erti kata lain menjalankan tanggungjawab sebagai sorang isteri


Dalil
terdapat hadis yang diriwayatkan oleh oleh bukhari dan muslim mengenai perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah yang mana baginda menikahi Aisyah ketika berumur  6 tahun dan hanya duduk serumah ketika berumur 9  tahun.Kesimpulannya hadis tersebut menunjukkan adanya nikah gantung dalam islam.

namunbegitu terdapat dalam kalangan masyarakat yang menyamakan nikah muta'ah dengan nikah khitbah yang mana  nikah muta'ah ni berasal daripada golongan syiah.

Nikah Muta'ah
nikah muta'ah merupakan  sejenis pernikahan yang berasal daripada fahaman syiah yang mana pernikahan ini lebih berdasarkan kepada kontrak. Dalam erti kata lain, seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita akan menandatangani sebuah kontrak yang menyatakan tempoh pernikahan yang akan dipersetujui.
pernikahan jenis ini secara terang-terangan telah diharamkan oleh Rasulullah sendiri berdasarkan dalil dalam hadis baginda

Dalil pengharaman.
Sabrah bin Ma'bad al Juhani menyatakan,;Kami bersama Rasulullah dalam satu perjalanan Haji.Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita.Jiwa muda kami mengangumi wanita tersebut sementara dia pula mengangumi selimut(selendang) yang dipakai saudaraku itu. kemudia wanita tadi berkata, "ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam.Keesokan harinya,aku pergi ke masjidil haram dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah berpidato di antara pintu kaabah dan hijr ismail. Baginda bersabda,"Wahai sekalian manusia,aku pernah mengizinkan kepada kalian untu bernikah muta'ah, maka sekarang sesiapa yang memiliki isteri secara nikah muta'ah,haruslah ia menceraikannya dan segala sesuatu yang kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi.Kerana Allah Azza Wa Jalla telah mengharamkan nikah muta'ah sampai hari kiamat
(riwayat shahih muslim 11/1024)


secara umumnya,kedua-dua nikah ini  mempunyai persamaan iaitu ingin mengelakkan zia namun pengharaman nikah muta'ah ini adalah kerana pernikahan jenis ini tidak menjamin hak-hak wanita yang bergelar isteri dan seolah-olah menghina institusi pernikahan yang murni  yang diharuskan oleh syarak. sementara nikah khitbah pula diharuskan kerana ingin memberikan kelonggaran kepada pasangan untuk bersatu seperti yang diharuskan syarak berdasarkan syarat-syarat tertentu.





Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar 

bernyawa didalam rumah. Contoh gambar
 kita menerima sijil?

Jawapannya
Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah Soalan yang diajukan : Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil? Jawapannya Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud : Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim) Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam. Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya. Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam : "Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng." Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html