tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Rabu, 22 Januari 2014

wang hantaran???



ADAKAH TIDAK DIKATAN MELAMPAU HANTARAN SEBANYAK DIATAS? MENGIKUT TARAF PENGAJIAN?   MAS KAHWIN ADALAH LEBIH PENTING DAN UTAMA... BERILAH SEKADAR KEMAMPUAN ... JANGAN DIBEBANKAN DIRI DENGAN WANG HANTARAN YANG TERLALU TINGGI.... NANTI KERAN HANATARAN YANG TERLALU TINGGI... BERHUTANG SANA SINI... KELAK LEPAS DAH KAHWIN... SIBUK MEMIKIRKAN TENTANG HUTANG DAN TANGGUNGJAWAB YANG SEMAKIN BERTAMBAH... MAKA, BEBANAN MASALAH AKAN MENYEBABKAN MANUSIA TERKADANG PUTUS ASA... TIDAK DAPAT BERFIKIR DENGAN AKAL YANG SIHAT... WUJUDLAH PERCERAIAN, ATAS DASAR TIADA PERSEFAHAMAN KATANYA... CUBA LAH DIRENUNGKAN KEMBALI... ASALNYA MASALAH SEPERTI REMEH TAPI HAKIKAT NYA KEDEPAN HARI MENJADI BESAR DAN PARAH .....



WANG hantaran perkahwinan adalah hadiah atau penghargaan suami kepada bakal isteri mengikut kemampuan yang dipersetujui bersama.
Berbeza dengan mahar, ia adalah pemberian wajib suami kepada isterinya disebabkan akad nikah. Bagaimanapun, Islam tidak menetapkan sebarang bentuk mahar yang wajib diberikan
Ia boleh dalam bentuk nilai wang, cincin, kereta, pekerjaan dan ilmu asalkan memberi manfaat kepada isteri. Rasulullah s.a.w pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya mas kahwin lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat al-Quran?
Lelaki itu menyatakan dia mengingati beberapa surah, kemudian Rasulullah mengahwinkannya dengan me­nggunakan mas kahwin surah yang diajarkan kepada wanita yang bakal menjadi isterinya itu.

Seorang lelaki itu bertanggungjawab menyediakan mahar sebagai ujian pertama kepadanya sama ada mampu atau tidak memberi nafkah kepada isterinya kelak.

Mahar tidak serupa dengan wang hantaran atau barang hantaran. Zaman sekarang ada pula segelintir keluarga yang menetapkan jumlah wang hantaran sepatutnya diberikan.

Satu ketika dulu, jumlah wang hantaran antara RM2,000 hingga RM3,000 tetapi nilai itu kian meningkat sehingga mencecah RM15,000 atas faktor pendidikan atau kedudukan seseorang wanita itu.

Itu belum dikira kos majlis kenduri, barang sebagai dulang hantaran dan beberapa kos lain. Jelas bukan perkara mudah untuk merealisasikan impian berkahwin.

Mahu atau tidak, setiap orang perlu bersedia dari sudut kewangan. Hukum syarak tidak menggalakkan mahar terlalu tinggi sehingga menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Rata-rata yang baru melang­kah ke alam pekerjaan tidak mahu menunggu lama untuk mengakhiri zaman bujang mereka.

Jika mengambil kira jumlah simpanan terkini di dalam akaun, berapa ramai yang mampu menyediakan puluhan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka.

Perkiraan kasar kos bagi mengadakan majlis perkahwinan sekarang memerlukan seseorang membelanjakan lebih kurang RM20,000, itu belum termasuk duit hantaran yang dinyatakan tadi.

Kos yang semakin tinggi itu menyebabkan ramai pasangan menangguhkan perkahwinan mereka bagi mengumpul wang terlebih dahulu.

Namun, ada yang mengambil jalan singkat membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan.

Apa yang pasti, tidak salah jika bersikap bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan tetapi mengapa masih terdapat individu menginginkan majlis mereka nampak hebat sehingga memeningkan kepala sendiri?

Tidak dinafikan semua mahu mengabadikan detik berbahagia itu supaya diingati serta diraikan secara besar-besaran.

Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba di kalangan masyarakat untuk mengisytiharkan majlis yang mereka buat perlu dielakkan. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu cukup tinggi.

Pemberian penuh ikhlas pastinya akan membawa kebahagiaan. Bohong sekiranya seorang lelaki itu tidak berasa beban dan tertekan jika pihak perempuan meminta yang bukan-bukan terutama wang hantaran yang tinggi.

Perunding Motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, jika ada perancangan mendirikan rumah tangga, elak berhutang.

“Berhutang memberi bebanan kepada seseorang sehingga menyebabkan mereka tidak bahagia. Buatlah majlis perkahwinan itu sekadar yang termampu.

“Jangan biarkan sifat riak menguasai diri kerana matlamat perkahwinan adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah. Masyarakat kita perlu sedar dan faham asas kerukunan rumah tangga itu datangnya daripada keberkatan,” katanya.

Beliau berkata, kesilapan masyarakat kita sekarang ialah mereka terlalu ingin menjaga status sehingga sanggup mengetepikan soal kemampuan yang dimiliki.

“Ada yang sanggup berhutang puluhan ribu ringgit bagi memastikan majlis yang diadakan itu nampak eksklusif. Selepas selesai majlis, terpaksalah mereka melunaskan kembali hutang dalam tempoh yang panjang.

“Majlis kenduri kahwin itu bukannya untuk kita menjalankan perniagaan. Jika ada kemampuan pun, seeloknya bersederhana dan usah membazir.

“Melihat senario masa kini, ramai mengadakan majlis besar-besaran dengan pelbagai hantaran mewah tetapi ­hubungan tidak kekal lama kerana tiada keberkatan,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, ibu bapa atau keluarga pihak wanita jangan membebankan bakal menantu dengan permintaan yang tidak mampu mereka sediakan.

“Mereka perlu sentiasa ingat bahawa keberkatan mahar itu datangnya daripada yang murah. Begitu juga halnya ­dengan wang hantaran, janganlah tetapkan nilai tertentu.

“Jika boleh, serahkan kepada kemampuan yang dimiliki bakal menantu ketika itu. Terimalah mereka seikhlas dan seadanya kerana kehadiran mereka kelak dapat memeriahkan alam rumah tangga,” katanya.

Menurutnya, umat Islam perlu meletak keberkatan sebagai perkara utama dalam semua urusan hidup supaya setiap amalan yang dilakukan dikira sebagai ibadat yang mendapat ganjaran pahala atau saham untuk dibawa ke akhirat.



http://www.hmetro.com.my/articles/Elakberhutanguntukkahwin/Article

RINTIHAN HATI :(




"SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA"...... 

" YA ALLAH, JIKA ENGKAU TAKDIRKAN DIA ADALAH JODOHKU MAKA ENGKAU PELIHARALAH PERHUBUNGAN INI.... NAMUN JIKA ENGKAU TAKDIRKAN DIA BUKANNYA JODOH YANG TELAH KAU TETAPKAN UNTUK KU, MAKA AKU MOHON DENGAN SEDALAM HATIKU.... PISAHKANLAH HATI KAMI DARIPADA SALING MENGINGATI... YA ALLAH, JAUHKANLAH PERHUBUNGAN INI DARIPADA MENJADI LADANG TEMPAT MENANAM POHON-POHON DOSA DI NERAKA... JAUHKANLAH PERHUBUNGAN INI DARIPADA PERKARA YANG SIA-SIA... SESUNGGUHNYA, HANYA DENGAN KEKUASAANMU... YA ALLAH, JAUHKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU DARIPADA MAKSIAT DAN ZINA.... JAUHKANLAH KAMI DARIPADA NERAKAMU YANG MENJULANG PANASNYA,,, TEMUKANLAH KAMI CINTA YANG MEMBAWA KE SYURGAMU YA ILAHI.... AMIINN...."


INSAFILAH DOSA-DOSA SEMALAM...PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA... ALLAH ITU SENTIASA ADA.... KASIH SAYANG DAN CINTA ALLAH ADALAH BENAR DAN INDAH... BANYAKKAN BERDOA SEMOGA DIBERIKAN JODOH YANG TERBAIK OLEHNYA... JIKA KITA SUDAH YAKIN PADA ORANG YANG KITA SUKAI... MAKA BERUSAHALAH UNTUK MENJADIKAN DIA MILIKMU DENGAN SYARIAT ISLAM YANG SEBENAR... KEBERKATAN MENGIRINGI... INSYA ALLAH... 



BUKU KERANA ALLAH AKU MENIKAHIMU...


SELAWAT DAN SALAM KEATAS NABI MIHAMMAD JUNJUNGAN YANG TELAH MENGAJARKAN KEMULIAAN, KELEMBUTAN DAN KETEGASAN.


ANTARA BUKU YANG MENARIK UNTUK DIBACA... SAYA SARANKAN UNTUK SAHABAT 2  BACA YA :) ....

ANTARA BEBERAPA  SELINGAN MESEJ BERGAMBAR YANG ADA DLM BUKU NI ..



.




















SEDIKIT ISI BUKU DIATAS YANG MENARIK PADA PANDANGAN SAYA SELAKU PEMBACA :) 


"BERMULA DARI PERASAAN YANG TIDAK KERUAN. DILENGKAPI DENGAN KERAGUAN DALAM PILIHAN, APAH DIA ATAU YANG LAIN SAHAJA. DITAMBAH DENGAN GELISAH HATI SAAT TERKENANG AKAN DIRINYA., YANG SELALU MENGGUGAT KONSENTRASI SAAT TERINGAT NAMA DAN WAJAHNYA. KEMUDIAN HATI BERSATU DENGAN FIKIRAN MENCUBA SALING MEYAKINKAN BAHAWA DIALAH YANG PASTI DI HATI."

"DIALAH YANG AKAN MENGHARUNGI BAHTERA KEHIDUPAN DALAM IKATAN SUCI. DIALAH ORANGNYA YANG AKAN MENJADI PASANGAN SEJOLI, SEHIDUP DAN SEMATI.  DIA JUGALAH YANG AKHIRNYA AKAN MENJADI SUAMI ATAU ISTERI KITA HINGGA KE AKHIRAT NANTI."

"INI BUKAN SEMATA-MATA KEHENDAK KITA SEBAGAI MANUSIA. TETAPI INI ADALAH KURNIAAN ALLAH. ANUGERAH YANG SANGAT BESAR KERANA TELAH MENGIRIMKAN MAKHLUK INDAH YANG BERSEDIA MENJADI PASANGAN HIDUP KITA SAMPAI AKHIR NANTI. MAKA, BUKANKAH SANGAT LAYAK JIKA KITA BERSYUKUR TERHADAPNYA? BERSYUKUR KERANA TELAH MEWUJUDKANNYA, DIPERTEMUKAN DENGANNYA, MENIKAHINYA DAN MENJAGANYA SEHINGGA AKHIR HAYAT. INILAH PILIHAN YANG KITA HARUS PILIH, BUKAN HANYA MENCINTAINYA TETAPI TIDAK MAHU MENIKAHINYA."

"MEMBINGKAI CINTA DENGAN BINGKAI YANG DIBENARKAN AGAMA. SEHINGGA HUBUNGAN MENJADI LEBIH KEKAL DAN LEBIH BERMAKNA."

"HADIS RIWAYAT TARMIDZI, IBNU HIBBAN DAN HAKIM:  TIGA GOLONGAN YANG BERHAK DITOLONG OELH ALLAH: 1- ORANG YANG BERJIHAD ATAU BERPERANG DI JALAN ALLAH. 2- HAMBA YANG MENEBUS DIRI DARI TUANNYA. 3- PEMUDA ATAU PEMUIDI YANG BERNIKAH KERANA MAHU MENJAUHKAN DIRINYA DARI YANG HARAM"

"RUMAHTANGGA ISLAM ADALAH RUMAHTANGGA YANG DI DALAMNYA TERDAPAT IKLIM YANG SAKINAH(TENANG), MAWADAH(PENUH CINTA) DAN RAHMAH(SARAT KASIH SAYANG). PERASAAN ITU SENTIASA MENAUNGI SUASANA RUMAH SETIAP HARI. SELURUH ANGGOTA KELUARGA MERASAKAN SUASANA 'SYURGA' DI DALAMNYA. SESUAI DENGAN SLOGAN YANG DIAJARKAN OLEH RASULULULLAH IAITU 'BAITI JANNATI-RUMAHKU SYURGAKU'  "

"TERJEMAHAN SURAH AR-RUM AYAT 21- DAN DIANTA TANDA-TANDA KEKUASAANNYA IALAH DIA MENCIPTAKAN UNTUK KALIAN ISTERI-ISTERI KALIAN DARI JENIS KALIAN SENDIRI, SUPAYA KALIAN CENDERUNG DAN MERASA TENTERAM KEPADANYA DAN DIJADIKANNYA ANTARA KALIAN RASA KASIH DAN SAYANG. SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG BERFIKIR"



Selasa, 21 Januari 2014

BERJUANGLAH SAHABATKU






DUHAI SAHABAT
KAULAH SYABAB
PEWARIS GENERASI
ISLAM GEMILANG
PENYAMBUNG PERJUANGAN
RASUL MULIA


SAHABAT
BERJUANGLAH DENGAN
JALAN ILMU MU
BERJIHADLAH DENGAN
JALAN ILMU MU

KERNA KAULAH
SYABAB WARISAN 
ISLAM


SYABAB 
KUDOAKAN 
SEMOGA DENGAN ILMU MU
MEMANTAPKAN AKHLAKMU
MEMPERINDAHKAN SAHSIAHMU
MELAKARKAN CORAK
TERINDAH KEHIDUPAN MU
MEMBINA JALINAN
PERJUANGAN TANPA
PUTUS ASA