tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Ahad, 19 Disember 2010

MAAFKAN





                                     



maafkan...
Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."

Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."

KEWAJIPAN BAGI WANITA




Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)



Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
(surah Al-Hadid ayat 16)



Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah
berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.


wallahu a'lam.




DIALAH SAHABAT

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini.Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari dari segi sikap mahu pun perbuatan.Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.Malu itu memang pakaian peribadinya.Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya.Kemewahan bukan kebangaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada.Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan.Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya.Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan.Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud.Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati ,  sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut  tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

Sahabatku ,  sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.





Saat bermusafir , kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar.Dengan hadiah ini , kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan.Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali.Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH.Sujudmu lama.Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa.Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal.Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan.Diakhiri sujud itu dengan zikir.Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan.Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis.Zikir itulah cuciannya.Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati.Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih , bersih dan kembali cemerlang.

Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….

Sabtu, 18 Disember 2010

RINTIHAN CINTA-MU CINTA-KU

YA ALLAH..
AKU MINTA IZIN ..
BILA SUATU SAAT AKU JATUH CINTA
JANGAN BIARKAN CINTA-KU 
UNTUK-MU BERKURANG
HINGGA MEMBUTKAN KULALAI  
AKAN ADANYA ENGKAU

YA ALLAH...
AKU PUNYA PINTA
BILA SUATU SAAT AKU JATUH CINTA
PENUHILAH HATIKU
DENGAN BILANGAN CINTA-MU
YANG TIDAK TERBATAS
BIAR RASAKU PADAMU TETAP UTUH


YA ALLAH ..
IZINKAN BILA SUATU SAAT 
JATUH HATI
PERTEMUKANLAH KAMI
BERIKANLAH KAMI KESEMPATAN
UNTUK LEBIH MENDEKATI-MU

YA ALLAH ..

PINTAKU YANG TERAKHIR
SEANDAINYA AKU JATUH CINTA
JANGAN PERNAH KAU PALINGKAN 
WAJAH-MU DARIKU
ANUGERAHKANLAH AKU CINTAMU
CINTA YANG TAK PERNAH
PUPUS OLEH WAKTU





bingkisan cinta: LELAKI YANG KAMI RINDUI

bingkisan cinta: LELAKI YANG KAMI RINDUI: "lelaki yang kami rinduihanya iman penggerak hidupnyatiangnya agamabatinnya taqwailmu teguh di dadahatinya sakit cintakepada ALLAH dan RASULN..."

LELAKI YANG KAMI RINDUI





lelaki yang kami rindui
hanya iman penggerak hidupnya
tiangnya agama
batinnya taqwa
ilmu teguh di dada
hatinya sakit cinta
kepada ALLAH dan RASULNYA
suluhannya bukan nafsu semata-mata
tapi ihsan kaya dijiwa

 lelaki yang kami rindui
terhibur dengan kalamullah
merasa manis dengan zikrullah
rindukan perjuangan RASULLAH
cintakan sunnah KEKASIH ALLAH
gagah menangkis mehnah
diakhir zaman yang penuh fitnah

 lelaki yang rindui
 mengemudi bahtera rumah tangga
 petunjuk nya AL-QURAN
 petanya SUNNAH JUNJUNGAN
 panjinya ISLAM
 sauhnya IMAN
layarnya TAQWA
pakainnya SABAR
semangatnya membara setiap ketika
menggamit ketaatan

lelaki yang kami rindui
malam nya syahdu dek tangisan

tidak terbui dek lena yang panjang
munajatnya pilu
penuh keinsafan
sujudnya penuh kehambaan
gentarkan NERAKA JAHANAM
agar tak menyentuh anak isteri tersayang

lelaki yang kami rindui
mengenalkan kami CINTA HAKIKI
CINTA ILAHI itulah visi
agar hidup diiringi RABBI
bersih dari tipuan iblis



dan lelaki yang kami rindui
membentangkan kami permaidani muhasabah
kata-katanya adalah tazkirah
senyuman nya adalah nasihah
dan telunjuk nya adalah arah
agar tetaplah kami penuh HAIBAH
si atas landasan ISLAM yang INDAH
hingga kering titisan darah