tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Rabu, 12 Mac 2014

Ketumbuhan Otak



barah otak

 Definisi

Ketumbuhan Otak adalah
ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan  otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat untuk tumor otak mengalami masalah jangka panjang yang penting, seperti perubahan dalam fungsi intelek dan motor. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian yang berterusan dan penjagaan yang khusus untuk membantu mereka  ke sekolah dan meneruskan  kehidupan harian dengan sebaik mungkin.

Anatomi otak
Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.
Antara otak dan tengkorak terdapat tiga lapisan membran yang dipanggil meninges. Lapisan ini meliputi otak dan saraf tunjang sepenuhnya. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospina (CSF) di antara dua lapisan ini. Cecair ini  berfungsi sebagai pelapik kepada otak (cushioning  of the brain). Cecair ini juga terdapat pada rongga di dalam otak yang dipanggil 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf kranial yang khusus, yang  mengawal pergerakan mata, muka dan lidah.

Otak, seperti setiap organ lain dalam badan terdiri daripada sel-sel. Terdapat kira-kira 40 bilion sel saraf yang dipanggil neuron di dalam otak. Sel-sel ini berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan bahagian badan yang lain dengan menghantar mesej atau impuls saraf melalui sistem laluan saraf atau rangkaian (nerve pathway or network).

Bahagian-bahagian utama otak adalah seperti berikut: -
·         Cerebrum – Bahagian terbesar otak. Terdiri daripada dua bahagian atau hemisfera. Hemisfera kanan mengawal pergerakan sebelah kiri badan dan sebaliknya. Salah satu fungsi utama cerebrum ialah mengawal  fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi seperti pemikiran, ingatan, pertuturan, pendengaran, dan penglihatan.

·         Cerebelum-Terletak di bahagian belakang otak dan dan mengawal keseimbangan dan koordinasi badan.

·         Brain stem- Mengawal fungsi asas yang penting untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.

Sebab-sebab ketumbuhan otak

Punca tumor otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku (seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau , sindrom Li-Fraumeni) diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.

Klasifikasi ketumbuhan otak

Tumor otak utama boleh terbentuk daripada mana-mana jenis sel yang terdapat di dalam otak. Ketumbuhan ini mungkin  bukan kanser (benign) atau kanser (malignan).

Tumor otak yang paling utama adalah benign, yang bermakna mereka cenderung untuk kekal dalam bahagian otak di mana mereka bermula dan tidak merebak ke kawasan lain atau ke laman yang jauh. Pembasmian sepenuhnya tumor ini melalui pembedahan adalah mencukupi.

Ketumbuhan otak yang malignan boleh merebak dan menyerang kawasan-kawasan lain. Walaupun ketumbuhan ini dibuang melalui pembedahan, mungkin terdapat sel-sel yang tertinggal yang berkemungkinan besar untuk tumbuh semula dan  menyerang badan.

Pengelasan tumor otak kepada benign dan malignant kadang-kala boleh  mengelirukan. Ada kalanya, ketumbuhan yang benign boleh membawa maut sekiranya ia memberi tekanan kepada bahagian otak yang penting seperti brain stem. Ketumbuhan yang  tidak dapat dibuang akan terus membesar dan mengancam nyawa pesakit. Ini bermakna semua ketumbuhan pada sistem saraf  adalah berbahaya.

Gejala ketumbuhan otak

Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan.
Sesuatu ketumbuhan  boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil hydrocephalus. Tekanan yang dibangkitkan di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:
·         Sakit kepala.
·         Loya dan muntah.
·         Resah gelisah
·         Mudah marah/gelisah.
·         Mengantuk.
·         Perubahan personaliti.
·         Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
·         Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.

Ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak seimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh tumor. 
Ini termasuk:
·         Sawan.
·         Juling.
·         Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.
·         Hilang ingatan jangka pendek.
·         Petuturan yang tidak jelas.
·         Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang melibatkan saraf tunjang.

Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
·         sawan
·         juling, penglihatan yang kabur
·         saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
·         Hilang ingatan jangka pendek
·         Pertuturan kurang jelas
·         Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah melibatkan saraf tunjang

Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Jenis ketumbuhan otak

Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glioma.

Rawatan

Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.
Kadang-kala saluran getah atau tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala.
Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa sesetengah sel kanser tertinggal,  maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.
Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.

Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap ketumbuhan otak?
Prognosis banyak bergantung kepada:
·         Jenis ketumbuhan.
·         Tahap penyakit.
·         Saiz dan lokasi tumor.
·         Kehadiran atau ketiadaan metastasis.
·         Respons tumor itu kepada rawatan.
·         Umur dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
·         Toleransi kanak-kanak terhadap ubat-ubatan tertentu, prosedur atau terapi.

Seperti kanser-kanser lain,  prognosis dan masalah jangka masa panjang berbeza daripada individu ke individu. Tumpuan segera perubatan dan terapi yang agresif adalah penting untuk memastikan  prognosis yang terbaik.
Apakah jenis penjagaan susulan jangka panjang yang perlu dijangkakan?
Salah satu matlamat utama adalah untuk memaksimumkan fungsi setiap kanak-kanak. Ini boleh dicapai melalui pemantauan dan campur tangan  pelbagai disiplin, mengikut keperluan termasuk:
·         Fungsi Intelek.
·         Penilaian endokrin dan rawatan.
·         Penilaian neurologi.
·         Penjagaan psikososial.
·         Pendengaran, penglihatan.
·         Fungsi motor.

Kanak-kanak yang dirawat untuk ketumbuhan otak selalunya mengalami perubahan dalam fungsi intelek dan motor yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, program yang boleh memenuhi keperluan khas mereka dan yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara individu bagi membantu  kepulangan mereka  ke sekolah dan memaksimumkan potensi mereka adalah penting.
Semakan akhir
:
26 April 2012
Penulis
:
Dr. Zulaiha bt. Muda
Penyemak
:
Dr. Eni Juraida bt. Abdul Rahman



Rawatan Ayat quran
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KANSER OTAK:
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah At-Taubah ayat 46 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Qasas ayat 25 hingga 33, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
P/s: kita hanya mampu berusaha dan berdoa,kemudian bertawakkal kepada Yang Esa..






PETIKAN CATATAN RINGKAS DARI SAHABAT :)



        "jika jiwamu tulus kerana ILAHI . pasti lurus perananmu sebagai lelaki " 

ANTARA BUKU YANG MENARIK UNTUK DIBACA :) KARYA FATIMAH SYARHA DAN DR.FARHAN HADI ...















ANTARA BUKU-BUKU YANG ADA DAN TELAH DIBACA... BAGI SAYA BUKU-BUKU DIATAS SANGAT BAGUS UNTUK DIBACA DAN DIHAYATI ... SEMOGA SAHABAT 2 DAPAT BACA DAN MENRASAI APA YANG DICERITAKAN OLEH PENULIS... :)









1)

2)
3)
4)
5)

6)

7)

8)



LAPAN BUKU DIATAS MASIH DALAM PENCARIAN... SY BERHARAP DAPAT BELI DAN BACA KESEMUA LAPAN BUKU DIATAS... MENCARI... BUKU SEINDAH MAWAR BERDURI SAYA PERNAH BACA MASA ZAMAN SEKOLAH MENENGAH DULU... KARYA YANG MENARIK... MAMPU MEBAWA HATI KITA UNTUK MERASAI APA YANG DI KARYAKAN OLEH PENULIS :)

JAMBATAN PALING PANJANG| PALING LAMA/PALING SINGKAT PERLU DILALUI OLEH SETIAP MUSLIM =======================================


BERSAMA KITA MUHASABAH DIRI... KERANA KITA ADALAH HAMBA ALLAH... TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN DALAM KEHIDUPAN ...
Iaitu Jambatan TITIAN SIRATH yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15,000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun.
Antara perkara yang mesti diimani oleh setiap orang mukmin adalah mengenai "Sirat" atau titian yang merentangi neraka jahannam menuju ke syurga.
Tiada seorang pun yang terkecuali daripada melalui titian tersebut, iaitu sebuah jambatan yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan tidak ada seorang daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan".-(Maryam: 71).
Ayat tersebut dengan jelas mengatakan bahawa setiap orang mesti mendekati neraka, maksudnya melintasi titian yang merentangi neraka jahannam, sama ada para Rasul, Nabi-nabi dan juga umat manusia biasa.
Kejayaan meniti jambatan tersebut bererti kejayaan yang paling agung untuk menusia menuju destinasi terakhir iaitu syurga.
Manusia akan terpegun dan gementar apabila berdepan dengan titian yang amat luar biasa itu. Secara zahirnya, tidak ada orang yang mampu menyeberangi sebuah jambatan yang begitu halus serta amat tajam pula, ditambah pula bahang api neraka yang begitu panas.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim (jatuh) dalam neraka dalam keadaan berlutut".-(Maryam: 72).
Orang yang selamat menyeberangi titian tersebut bukanlah atas kebijaksanaan mereka, tetapi Allah S.W.T. yang menyelamatkan mereka berasaskan keimanan dan ketakwaan mereka.
Tidak akan lalu seseorang di atas "Sirat" kecuali mereka akan menghadapi 7 sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.
Sekatan 1
~~~~~~
Manusia akan diperiksa mengenai pengakuan Syahadah mereka. Adakah mereka beriman dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya sebagaimana dalam ucapan Syahadah mereka.
Sekatan 2
~~~~~~~
Manusia akan diperiksa tentang solat mereka. Sekiranya solat mereka dilaksanakan dengan sempurna mengikut rukun dan syarat-syaratnya serta khusyuk hati mereka mengingati Allah S.W.T. tanpa lalai dan sebagainya, maka mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.
Sekatan 3
~~~~~~
Diperiksa ibadah puasa. Mereka akan dibenarkan meneruskan perjalanan hanya setelah didapati ibadah puasanya memenuhi syarat rukun serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan atau merosakkan pahala puasa.
Sekatan 4
~~~~~~~
Diperiksa mengenai amal zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat apabila mereka mempunyai harta yang wajib dikeluarkan zakatnya. Jika lulus, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.
Sekatan 5
~~~~~~~
Diperiksa mengenai ibadah Haji. Sekiranya mereka mempunyai wang yang mencukupi dan syarat-syarat lain dapat dipenuhi tetapi mereka masih juga menangguhkan pemergian untuk menunaikan ibadah haji, nescaya akan menjadi halangan ketika berada pada sekatan yang kelima.
Sekatan 6
~~~~~~~
Diperiksa mengenai ibadah wuduk dan juga mandi wajib. Wuduk merupakan satu kaedah untuk menyucikan hadas kecil untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat. Soal mandi wajib juga menjadi syarat utama seseorang untuk melakukan ibadah kerana orang yang dalam hadas besar tidak boleh melakukan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya.
Sekatan 7
~~~~~~
Sekatan terakhir akan dihadapkan dengan soalan dan pemeriksaan yang paling berat, iaitu akan ditanya sama ada mereka ada melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Di bahagian ini RAMAI YANG FAILED !!
Sekiranya pemeriksaan pada sekatan ketujuh ini gagal dilalui, alangkah malang nasib seseorang iaitu apabila segala-galanya musnah di peringkat akhir. Walaupun 6 daripada sekatan itu telah berjaya dilalui, tetapi terhalang ketika kedudukan syurga telah hampir dicapainya.
Tidak ada orang yang boleh menyembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap seseorang lain kerana semua anggota badan akan membuat pengakuan terbuka.
Dengan itu, lidah menjadi kelu dan tidak mungkin boleh berdusta untuk menyembunyikan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka.