tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Rabu, 23 Mac 2011

TALQIN BUAT DIRI

Wahai diri ,engkau tahu
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan

Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa

Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya
Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan

TALQIN BUAT DIRI

Wahai diri ,engkau tahu
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan


Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa


Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya


Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan

Isnin, 21 Mac 2011

AZAB PENZINA


Dari jauh ku berlari,mengejar  cahaya `kuning itu,sirnanya,perit menembusi mataku.Ia semakin kelam,kelam warnanya apabila aku semakin menghampiri.”Aduh,argah..panas..panas”Aku menjerit-jerit kesakitan..Aku mengeluh ,mengaduh sakit.Kakiku pedih.Aku meraung-raung dengan sekuat-kuat hatiku.,Aku lihat di bawah kakiku..bara-bara panas..merah..Aduh..Aduh..pedih..pedih sekali..Aku   memijak bara-bara itu..bara-bara itu seperti melekat di tapak kakiku..Aku meronta-ronta..Tak tahan pedih..Oh..azab sekali..
Aku lihat di hujung sana..ada seorang bayi lelaki yang elok parasnya..Aku lihat dia  ke merenung kearahku..Pandangannya sinis sekali..Di  tangannya ada sebaldi air..Aku amat mengharap..bayi itu dapat memadamkan bara-bara di kakiku..Tiba-tiba dia menyiram air itu ke arahku..Argh..air apakah ini..Aku rasa seluruh badanku pedih..Aku lihat kulitku luntur..pedih..pedih sekali..Aku meraung macam orang gila..bayi lelaki itu melihatku dengan pandangan yang bengis..wajahnya tak secomel tadi..
 Aku tak sedarkan diri seketika..Apabila ku bangun aku meraba-raba tubuhku..Pedihnya hilang..”Aku dimana..Aku dimana”  aku berdialog dengan diriku sendiri..Aku rasa dahaga sekali..Di satu sudut..terpencil...kulihat seorang bayi perempuan mengheret sebekas air..bekas itu besar..Aku berlari menuju ke arahnya....aku tepis badannya..dia rebah..Aku meminum air itu dengan lahap..Aku semakin dahaga..Tengkukku perit setiap kali aku meneguk air itu..isi perutku seperti membelit..perutku membuncit tiba-tiba..Urat-urat biru berselirat di tubuhku..Aku terasa seperti ingin melahirkan bayi..Aku meneran dengan sekuat hatiku..Aku dngar  tangisan bayi..Aku lihat di sebelahku ada banyak anak-anak ular..terus menjalar ke seluruh tubuhku dan membelitku tanpa belas kasihan..Aku dengar tulang-tulangku patah…mataku tersembul..lidahku terjelir..darah dan nanah membuak-buak keluar dari mulutku..hanyir… busuk sekali…
‘Ibu..Ibu..apa dosaku..Aku merintih..Tiba-tiba kulihat cahaya samar..tak terlalu terang muncul di hadapanku..Seorang wanita separuh abad berdiri di hadapanku..wajahnya seperti simpati terhadapku..Aku kenal wajah berkedut itu..”Ibu..tolong aku ibu..Aku dah tak tahan ni ibu..ibu hanya merenung..tak bersuara..Kulihat di kiri dan kanan tangannya tergengam tangan kecil..dia begitu erat memegang tangan bayi tersebut..
Aku terkejut apabila tangan itu adalah tangan bayi lelaki dan perempuan yang menyebabkan aku dalam azab begini..Ibu lepaskan tangan bayi itu..dia telah menyeksaku..dasar setan..keturunan setan..pergi kau berdua jauh dari ibuku..”’Pergi setan..Aku menjerit-jerit..hampir serak suaraku..
“Anakku..kamu khilaf..kamu sudah jauh tersasar dari sifat seorang manusia..ini adalah bayimu..bayi yang  engkau buang..kau bakar dia..kau letak racun dalam susu bayi ini..Kau buang bayi ini di satu lorong..Aku pasti..kau masih ingat hal itu..Kau biar dia menangis sendiri..kau lihat dia digonggong anjing..padahal saat itu bayi lelaki ini masih bernyawa..
“Lihat bayi ini anakku..bayi perempuan ini kau bakar hidup-hidup..selepas kau hilangkan dahaga anak kecil ini dengan susu beracun..nyawanya tersekat-sekat..Kau gali lubang..kau lempar bayi itu..kau mandikan dia dengan petrol..kau selimutkan dia dengan sampah-sarap..kau biarkan dia terbakar bersama sampah..sungguh hina bayi ini di matamu..Bayi-bayi ini adalah bayimu..bayi yang tidak sah tarafnya..kau perempuan hina..sangat hina di mataku..Aku rasa jijik kerana membiarkan kau bernyawa dalam rahimku..
Aku tersentak..menyesal atas perbuatanku..”Tapi saat itu aku tak tahu nak buat apa,ibu..Aku buntu..Aku buntu..ibu..tolong aku..adakah ini balasan atas perbuatanku,ibu..aku menyesal.ibu..keluarkan aku  dari sini ibu..aku akan bertaubat..aku sesali perbuatanku ibu..
Aku tersedar dari tidurku..badanku dibasahi peluh..aku meraba-raba perutku..Aku meraung-raung menyesali perbuatanku..Aku ingin bertaubat…Aku berlari-lari ke bilik air..Aku ambil air sembahyang..Aku sembahyang memohon ampun dari Allah..Aku insaf..Aku capai telefon bimbitku..Aku menelefon pihak polis dan menceritakan apa yang aku lakukan..
Kini aku cuma perlu menghabiskan sisa-sisa hidupku di tirai besi..Aku puas..Aku kini dapat merasa nikmat menjadi seorang hamba Allah..Aku belajar mengaji Al-Quran dengan seorang banduan tua yang insaf..Dia menghadiahkan kepadaku senaskah Al-Quran usang..Aku berjanji pada diriku..Aku akan menjadi seorang hamba yang taat kepada Pencipta sekalian makhluk.Allah s.w.t..Insya-Allah….                                                                                                                   

AKU

YA ALLAH
  AKU BUKANLAH SEMULIA KHADIJAH
  SEBAIK FATIMAH
  SESUCI MARIAM
  YA ALLAH
  HINANYA  AKU DIHADAPAN- “MU”
  MENANGISI SEMUA KESALAHAN
  DOSA-DOSA YANG SILAM
  YA ALLAH
  MALU DIHATIKU
  BILA BERCAMBAHNYA
  CINTA  DIHATI PADA HAMBAMU
  YANG BAIK AKHLAKNYA
  INDAH BUDINYA
  ELOK PEKERTINYA
  YA ALLAH
  SEGAN UNTUKKU
  LUAHKAN RASA CINTA DIHATIKU


YA ALLAH
  TIDAK PADAN  AKU RASAKAN CINTA
  AKU DAN DIA
  YA ALLAH
  MENGAPA DIBIARKAN
  CINTA ITU BERGETAR
  DI SETIAP RASA
  DI CELAHAN  JIWA
  DI SEGENAP HATI
  YA ALLAH
  KIRANYA RASA CINTAKU
  SALAH PADA PANDANGAN- “MU”
  JAUHKANLAH RASA “ITU” DARI HATIKU
  AKU TIDAK MENINGINKAN TITIK NODA
  HITAM DAN KERAS BERMUKIM DIAM
  DILUBUK HATI DAN JIWA

SINARILAH HATIKU
DENGAN CAHAYA HIDAYAH- “MU”
TEMUKANLAH AKU
DENGAN HAMBAMU  YANG SOLEH
TEMUKANLAH KAMI DALAM REDHAMU
TEMUKANLAH AKU DENGAN HAMBAMU YANG AKAN
MEMBAWAKU BERSAMA
KE TAMAN SYURGA- “MU”
 

bersama kita renungkan :)

GERIMIS DI PERSINGGAHAN SEMALAM
AKAN LEBIH MEMATANGKAN  KITA
JANGAN DIBIARKAN GERIMIS
ITU BERLALU DENGAN SIA-SIA
BIARKAN EPISOD KENANGAN
MELABUHKAN TIRAINYA
NAMUN CINTA YANG TULUS KERANA ALLAH
PASTI AKAN HADIR BILA TIBA WAKTUNYA
UNTUKMU
OLEH ITU BELAJARLAH UNTUK MENGIKHLASKAN
SEBUAH PEMERGIAN
INSYA ALLAH
JIKA BENAR DIA ADALAH UNTUKMU
SEJAUH MANA PUN JARAK
PASTIKAN BERSATU JUA
DALAM KEREDHAAN DAN BARAKAH ILAHI













Wahai tubuh
Apakah kau ini makhluk mulia
Atau yang menjijikan ?
Berapa banyak aib nista yang engkau sembunyikan
Dibalik penampilan mu ini?
Wahai tubuh
Apakah engkau yang kelak akan penuh cahaya,
Atau tubuh yang akan tercabik-cabik
Hancur mendidih di dalam lahar jahanam,
Yang akan terus terasa tanpa ampun,
Memikul derita tanpa akhir?