tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Rabu, 2 April 2014

Cara-cara Mandi Junub – Mandi Wajib


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika


 dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana


 tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul,


 seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau


 duduk mencangkung sahaja.


Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang


 itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah


 Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais


 Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas


 kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat


 Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu


 rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila


 mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.


 Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau. Mandi


 wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang

 ringan oleh umat islam.


Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya.


 Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:



Pertama 
: Niat.



Kedua : Menghilangkan najis pada badan.


Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja

 aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib 

kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai


 ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat


 hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat


 mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat


 itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah


 membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.


 Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air



 keseluruh anggota badannya.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu 


mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu


 menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais

Menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak


 dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

 Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota

 badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2


 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya


, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh


 kerana dianggap batin.


Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula,


 jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian


 bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh


 dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang



 merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai


, mandi wajib seseorang itu tidak sah.


Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak


 mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk


 membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut


 itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang


 menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya


 yang menghalang air sampai ke rambut.
Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan


 menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada


 yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya


 pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya


 menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.


jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan,


 huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan


 perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat


 Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,


 sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.


3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air


mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan


sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).


Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga


, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak


 semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib


 lagi,seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk


 sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu



 adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat Muslim].








Tiada ulasan:

Catat Ulasan