Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA.
tik tok ku "SI PENYU "
kebesaran ILAHI
kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)
"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"
barakallah ...
Jumaat, 8 April 2011
Rabu, 23 Mac 2011
TALQIN BUAT DIRI
Wahai diri ,engkau tahu
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan
Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya
Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan
Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya
Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan
TALQIN BUAT DIRI
Wahai diri ,engkau tahu
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan
Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya
Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan
Sebenarnya
Engkau hanyalah hamba
Paling dhaif
Engkau hamba pada
Tuan segala Tuan
Sewajarnya sifat hamba
Itu mentaati
Menurut titah tanpa
Betah tiada bantah
Tapi………….
Bagaimanakah enngkau
Ini oh diri
Acapkali engkau
Berperanan bagai tuan
Lalu layakkah engkau
Dipanggil hamba????
Oh diri!tidakkah engkau
Tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau
Merayu simpati
Kala engkau dililiti
Kesempitan
Engkau memohon suatu
Kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam
Kegundahan
Engkau minta pada-Nya
Sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa
Kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis
Tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu
Berakhir dan di akhiri
Engkau pula berpaling
Dari-Nya
Dimanakah nilai malu
Engkau pada-Nya?
Sedangkan
Pandangan-Nya
Tak pernah terlepas
Daripada engkau
Sedarkah engkau
Wahai diri……..
Yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati
semahunya
Tapi ingatlah!esok
Engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau
Untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa
Rasanya
Saat nyawa keluar dari
Jasad?
walhal nabi yang mulia
Itu pun mengerih
Dalam kesakitan
bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya
Fatimah Az-Zahrah
Sekendi air,
buat membasuh
Kegeringan tekak yang
Menahan sesuatu
keperitan
Selasa, 22 Mac 2011
Isnin, 21 Mac 2011
AZAB PENZINA
Dari jauh ku berlari,mengejar cahaya `kuning itu,sirnanya,perit menembusi mataku.Ia semakin kelam,kelam warnanya apabila aku semakin menghampiri.”Aduh,argah..panas..panas”Aku menjerit-jerit kesakitan..Aku mengeluh ,mengaduh sakit.Kakiku pedih.Aku meraung-raung dengan sekuat-kuat hatiku.,Aku lihat di bawah kakiku..bara-bara panas..merah..Aduh..Aduh..pedih..pedih sekali..Aku memijak bara-bara itu..bara-bara itu seperti melekat di tapak kakiku..Aku meronta-ronta..Tak tahan pedih..Oh..azab sekali..
‘Ibu..Ibu..apa dosaku..Aku merintih..Tiba-tiba kulihat cahaya samar..tak terlalu terang muncul di hadapanku..Seorang wanita separuh abad berdiri di hadapanku..wajahnya seperti simpati terhadapku..Aku kenal wajah berkedut itu..”Ibu..tolong aku ibu..Aku dah tak tahan ni ibu..ibu hanya merenung..tak bersuara..Kulihat di kiri dan kanan tangannya tergengam tangan kecil..dia begitu erat memegang tangan bayi tersebut..
Aku terkejut apabila tangan itu adalah tangan bayi lelaki dan perempuan yang menyebabkan aku dalam azab begini..Ibu lepaskan tangan bayi itu..dia telah menyeksaku..dasar setan..keturunan setan..pergi kau berdua jauh dari ibuku..”’Pergi setan..Aku menjerit-jerit..hampir serak suaraku..
“Anakku..kamu khilaf..kamu sudah jauh tersasar dari sifat seorang manusia..ini adalah bayimu..bayi yang engkau buang..kau bakar dia..kau letak racun dalam susu bayi ini..Kau buang bayi ini di satu lorong..Aku pasti..kau masih ingat hal itu..Kau biar dia menangis sendiri..kau lihat dia digonggong anjing..padahal saat itu bayi lelaki ini masih bernyawa..
“Lihat bayi ini anakku..bayi perempuan ini kau bakar hidup-hidup..selepas kau hilangkan dahaga anak kecil ini dengan susu beracun..nyawanya tersekat-sekat..Kau gali lubang..kau lempar bayi itu..kau mandikan dia dengan petrol..kau selimutkan dia dengan sampah-sarap..kau biarkan dia terbakar bersama sampah..sungguh hina bayi ini di matamu..Bayi-bayi ini adalah bayimu..bayi yang tidak sah tarafnya..kau perempuan hina..sangat hina di mataku..Aku rasa jijik kerana membiarkan kau bernyawa dalam rahimku..
Aku tersentak..menyesal atas perbuatanku..”Tapi saat itu aku tak tahu nak buat apa,ibu..Aku buntu..Aku buntu..ibu..tolong aku..adakah ini balasan atas perbuatanku,ibu..aku menyesal.ibu..keluarkan aku dari sini ibu..aku akan bertaubat..aku sesali perbuatanku ibu..
Aku tersedar dari tidurku..badanku dibasahi peluh..aku meraba-raba perutku..Aku meraung-raung menyesali perbuatanku..Aku ingin bertaubat…Aku berlari-lari ke bilik air..Aku ambil air sembahyang..Aku sembahyang memohon ampun dari Allah..Aku insaf..Aku capai telefon bimbitku..Aku menelefon pihak polis dan menceritakan apa yang aku lakukan..
Kini aku cuma perlu menghabiskan sisa-sisa hidupku di tirai besi..Aku puas..Aku kini dapat merasa nikmat menjadi seorang hamba Allah..Aku belajar mengaji Al-Quran dengan seorang banduan tua yang insaf..Dia menghadiahkan kepadaku senaskah Al-Quran usang..Aku berjanji pada diriku..Aku akan menjadi seorang hamba yang taat kepada Pencipta sekalian makhluk.Allah s.w.t..Insya-Allah….
AKU
YA ALLAH
AKU BUKANLAH SEMULIA KHADIJAH
SEBAIK FATIMAH
SESUCI MARIAM
YA ALLAH
HINANYA AKU DIHADAPAN- “MU”
MENANGISI SEMUA KESALAHAN
DOSA-DOSA YANG SILAM
YA ALLAH
MALU DIHATIKU
BILA BERCAMBAHNYA
CINTA DIHATI PADA HAMBAMU
YANG BAIK AKHLAKNYA
INDAH BUDINYA
ELOK PEKERTINYA
YA ALLAH
SEGAN UNTUKKU
YA ALLAH
TIDAK PADAN AKU RASAKAN CINTA
AKU DAN DIA
YA ALLAH
MENGAPA DIBIARKAN
CINTA ITU BERGETAR
DI SETIAP RASA
DI CELAHAN JIWA
DI SEGENAP HATI
YA ALLAH
KIRANYA RASA CINTAKU
SALAH PADA PANDANGAN- “MU”
JAUHKANLAH RASA “ITU” DARI HATIKU
AKU TIDAK MENINGINKAN TITIK NODA
HITAM DAN KERAS BERMUKIM DIAM
DILUBUK HATI DAN JIWA
SINARILAH HATIKU
DENGAN CAHAYA HIDAYAH- “MU”
TEMUKANLAH AKU
DENGAN HAMBAMU YANG SOLEH
TEMUKANLAH KAMI DALAM REDHAMU
TEMUKANLAH AKU DENGAN HAMBAMU YANG AKAN
MEMBAWAKU BERSAMA
KE TAMAN SYURGA- “MU”
bersama kita renungkan :)
GERIMIS DI PERSINGGAHAN SEMALAM
AKAN LEBIH MEMATANGKAN KITA
JANGAN DIBIARKAN GERIMIS
ITU BERLALU DENGAN SIA-SIA
BIARKAN EPISOD KENANGAN
MELABUHKAN TIRAINYA
NAMUN CINTA YANG TULUS KERANA ALLAH
PASTI AKAN HADIR BILA TIBA WAKTUNYA
UNTUKMU
OLEH ITU BELAJARLAH UNTUK MENGIKHLASKAN
SEBUAH PEMERGIAN
INSYA ALLAH
JIKA BENAR DIA ADALAH UNTUKMU
SEJAUH MANA PUN JARAK
PASTIKAN BERSATU JUA
DALAM KEREDHAAN DAN BARAKAH ILAHI
Wahai tubuh
Apakah kau ini makhluk mulia
Atau yang menjijikan ?
Berapa banyak aib nista yang engkau sembunyikan
Dibalik penampilan mu ini?
Wahai tubuh
Apakah engkau yang kelak akan penuh cahaya,
Atau tubuh yang akan tercabik-cabik
Hancur mendidih di dalam lahar jahanam,
Yang akan terus terasa tanpa ampun,
Memikul derita tanpa akhir?
Langgan:
Catatan (Atom)



