tik tok ku "SI PENYU "
kebesaran ILAHI
kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)
barakallah ...
Isnin, 17 Mac 2014
RENUNG-RENUNGKAN
Semua yang ada di dalam majlis ketika
itu terkejut dengan keberanian pemuda
ini. Maka bermulalah perdebatan di
antara mereka. Bila mana pemuda ini
duduk duduk pada tempat yang
disediakan maka serentak dengan itu
salah seorang Atheis terus mengajukan
soalan:
Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan
kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu
menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu
yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan
sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga
tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan
maka sudah tentu Dia punya anak.”
Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula
Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah
Taala itu wujud sebelum adanya zaman,
sedangkan zaman itu sendiri adalah
ciptaanNya, mana mungkin pencipta
wujud selepas makhluk ciptaanNya.”
Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada
kami sedikit gambaran tentang
kewujudan Tuhan kamu yang tiada
permulaan ini. Bagaimana mungkin
sesuatu itu ada tanpa ada
permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai
mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu
sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya:
“Bolehkah kamu beritahu aku apakah
nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan
penerangan: “Nah, kamu sendiri
mengakui bahawa nombor 1
sebelumnya tiada mulanya. Nombor
yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri
kamu akui bahawa tiada permulaan
baginya. Apatah lagi pencipta kepada
nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis
tersebut dengan jawapan yang padat
dan bernas daripada pemuda itu.
Ternyata mereka silap perkiraan bila
mana berhadapan dengan anak muda
ini. Pada mulanya mereka merasakan
bahawa anak muda ini mudah
dikalahkan, namun telahan mereka
ternyata menyeleweng. Mereka perlu
lebih berhati-hati.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas
jawapanmu sebentar tadi. Jangan
sangka kamu berada di dalam keadaan
yang selesa. Baik, tolong kamu
terangkan kepada kami, pada bahagian
manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa
sebuah pelita yang dicucuh dengan api
ke sebuah tempat yang gelap, pada arah
manakah cahaya pada api tersebut
mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu
tentulah akan menerangi keseluruhan
arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang
diciptakanNya itu pun kamu semua
tidak mampu menerangkan pada arah
manakah ia mengadap, inikan pula Sang
Pemilik Cahaya langit dan bumi ini
sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar
jawapan daripada pemuda itu bersorak
kegembiraan. Kagum mereka dengan
kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan
kepada kami, bagaimana zat Tuhan
kamu? Adakah ianya keras seperti besi?
Atau jenis yang mengalir lembut seperti
air? Atau ianya jenis seperti debu dan
asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau
menarik nafas panjang lalu
menghelanya perlahan-lahan. Lucu
sekali mendengar persoalan kelompok
Atheis ini. Orang ramai tertunggu-
tunggu penuh debaran apakah jawapan
yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua
tentu pernah duduk disebelah orang
yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana
orang sakit tadi mati, bolehkah kamu
bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin
kami bercakap dengan seseorang yang
telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia
mati kamu boleh bercakap-cakap
dengannya, namun selepas dia mati,
terus jasadnya tidak bergerak dan tidak
boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi
sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu
memberikan jawapan: “Adakah soalan
seperti ini kamu tanyakan kepada kami
wahai anak muda? Tentu sekali
seseorang yang mati itu tidak boleh
bercakap dan bergerak . Ini kerana
rohnya telah terpisah daripada
jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar
jawapan mereka lalu berkata: “Baik
, kamu mengatakan bahawa rohnya
telah terpisah daripada jasadnya bukan?
Bolehkah kamu sifatkan kepada aku
sekarang, bagaimanakah bentuk roh
tersebut. Adakah ianya keras seperti
besi, atau ianya mengalir lembut seperti
air atau ianya seperti asap dan debu
yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila
mana mendengar persoalan pemuda
bijak tersebut. Ternyata olokan mereka
sebentar tadi kembali tertimpa ke atas
mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan
keadaan penuh malu: “Maaf, tentu
sekali kami tidak dapat mengetahui
bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya:
“Jika makhluknya seperti roh itu pun
kamu tidak mampu untuk
menerangkannya kepada aku,
bagaimana mungkin kamu ingin
menyuruh aku menerangkan bagaimana
bentuk Tuhan Pemilik Roh serta
sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk
sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan
kepada mereka: “Jika kamu membancuh
susu, tentu sekali kamu mengetahui
bahawa di dalam susu tersebut ada
terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu
terangkan kepada saya, dimanakah
tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami
tidak dapat menerangkan kepadamu
dengan tepat kedudukan lemak di dalam
susu tersebut. Ini kerana lemak itu
mengambil keseluruhan bahagian susu
tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu
sendiri lemah di dalam memberikan
jawapan terhadap persoalan aku
sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu
pun tiada tempat yang khusus baginya,
masakan pula kamu ingin mengatakan
bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada
tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh
aku pelik dengan persoalan-persoalan
kamu ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika
masuk ke dalam syurga ada
permulaannya (iaitu selepas dihisab
oleh Allah Taala di padang Mahsyar)
namun bila mana sudah berada di
dalamnya maka tiada lagi
pengakhirannya (maksudnya tiada
kesudahannya dan akan selama-
lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu
menjawab: “Mengapa kamu pelik
dengan perkara tersebut. Cuba kamu
lihat pada nombor. Ianya bermula
dengan nombor satu bukan? Namun
bolehkah kamu terangkan kepada aku
apakah nombor yang terakhir di dalam
senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk
memberikan jawapan. Tentu sekali
nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat
kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak
mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung
bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak
mampu untuk menerangkan kepadaku
apakah nombor terakhir bukan?
Jawapannya sudah tersedia di hadapan
mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi,
bagaimana mungkin seseorang di dalam
syurga menurut Nabi kamu tidak akan
kencing dan berak. Sedangkan mereka
juga makan dan minum? Ini adalah
perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan
kedudukannya. Lalu beliau menjawab:
“Aku dan kamu sebelumnya pernah
berada di dalam perut ibu sebelum
dilahirkan bukan? Sembilan bulan di
dalam perut ibu, kita juga makan
daripada hasil darah ibu kita.
Persoalanku, adakah kamu buang air
kecil dan besar di dalam perut ibumu?
Sedangkan kamu juga makan di
dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam
membisu seribu bahasa. Padat sekali
jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh
kelompok Atheis tersebut kepada
pemuda itu bila mana mereka telah mati
kutu dan sudah terlampau malu ialah
berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak ,
apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu
sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan
tenang: “Sebelum aku memberikan
jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita
bertukar tempat. Ini kerana kamu
berada pada tempat yang tinggi sedang
aku berada di bawah. Jawapan hanya
boleh diberikan bila mana aku berada di
atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju
dengan cadangan pemuda tersebut, lalu
mereka bertukar tempat. Pemuda itu
naik ke atas, manakala sang Atheis
turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di
atas, terus beliau menjawab: “Kamu
bertanya sebentar tadi apakah yang
Tuhanku lakukan sekarang bukan?
Jawapannya ialah, Tuhanku sedang
meninggikan yang Haq (dengan
menaikkan pemuda itu ke atas) dan
menurunkan yang Batil (dengan
menurunkan kelompok Atheis tersebut
ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa
tiada lagi persoalan yang ingin
ditanyakan malah kesemuanya telah
dipatahkan oleh pemuda itu dengan
penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun
pemuda itu meninggalkan kita, namun
namanya disebut orang seolah-olah
beliau masih hidup di sisi kita.
Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu
Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta
kepada seluruh gurunya dan kesemua
muslimin dan muslimat sama ada yang
masih hidup atau yang telah wafat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan