Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur
tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah,
Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Buat
Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemahDahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja
dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar,
Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.Asraf
Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga
yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.Namun, kehadiran Qistina, gadis
genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya
benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau,
aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.“Abang
Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang
bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah.Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.Aduhai, penangan Qis gadis
kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.“Abang , Aliyah setuju
dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut
dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran.Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda
setuju.Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman
sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.Buat Wanita, belajarlah untuk setia
kepada hanya seorang manusia iaitu suamiTeringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan
lagi satu.Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan
yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang
minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf
Mukmin.“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup
dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal
madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua.Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak
membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui
ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina
untuk ditemuduga oleh Aliyah.Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra.Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan
dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali
Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya,
berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah
agama.Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi.
Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf
Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang
asyik dengan berzanji.Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa.
Tiada kurangnya layanan
Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit..
tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan
pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping
sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang
tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang
dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.Terima
kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di
sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala
model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang.
Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana ,
apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
02.Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat
lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
sayangkan Abang…
03.Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah
sayangkan Abang…Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian
selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul
ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga
sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina.Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang…
Aliyah sayangkan Abg…Tetapi jika Abg
merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah…
Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika
Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan
pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan
Aliyah.
”Salam sayang, Aliyh khairiah binti
Mohd Hazery.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan