YA RABBUL IZZATI SYUKUR KURASAKAN BILAMANA TERBITNYA SEBUAH CATATAN PERJALANAN YANG SEDIKIT SEBANYAK TELAH MENJADIKAN AKU SEORANG ANAK,RAKAN DAN PELAJAR YANG MATANG DALAM MENILAI ERTI KEHIDUPAN…BIARPUN SEGALANYA PAHIT NAMUN PENGAKHIRAN NYA MEMBERIKAN KU RASA MADU YANG MANIS….CORETAN CINTA INI LAHIR DARI RASA KASIH DAN SAYANGNYA AKU BUAT INSAN-INSAN YANG BERNAMA SAHABAT,KAWAN DAN TEMAN…SEANDAINYA ADA TERSILAP KATA,TERKASAR BAHASA DISEPANJANG PERJALANAN KEMBARA ILMU KITA AMPUN DAN MAAF DIPINTA …. CORETAN KU INI DITUJUKAN KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG MASIH TEGUH BERJUANG MENUJU KE KEMUNCAK KEJAYAAN....RASA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT AYAH DAN BONDA YANG TIDAK PERNAH PENAT MENGHANTAR KU BERJUANG DI MEDAN ILMU… SEKALUNG TERIMA KASIH JUA DITUJUKAN BUAT ADIK-ADIK YANG DISAYANGI SELAMANYA….SERTA BERIBU RASA BAHAGIA KU UCAPKAN BUAT SIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT DALAM EPISOD HIDUP YANG BANYAK MEMATANGKAN DIRIKU ….
AKU DI ANJAKAN WAKTU !
Bila waktu makin beranjak pergi ,
Jiwa ku terasa semakin kosong,
Hatiku bagaikan ternoktah tanpa kata,
Segala –galanya bagaikan hilang ditiup
Sang angin…………………
Jalanan kakiku semakin lemah,
Kata –kataku semakin hilang kepetahan nya,
Entahlah mengapa?
Aku sendiri tidak mampu memahaminya……………..
Ya Allah………..
Bisakah terlerai nanti segala persoalan?
Bisakah dileraikan kembali simpulan hati ku ini?
Ya Allah..
Bantulah aku…………..
Pulihkanlah hati dan jiwaku……
Berikan lah semangat hidupku kembali…………..[1]
Walaupun seseorang itu dilihat seperti orang yang tabah dan kuat namun sebenarnya hatinya penuh kesakitan dan kelukaan ………… kadang – kadang dia perlukan orang untuk memahaminya walaupun dia tidak pernah ucapkan atau ceritakan ……………
biarpun dia tidak pernah luahkan secara terus namun cubalah kita belajar untuk menyelami ….walaupun hanya setitik air perhatian kita dihulurkan ia memberi makna yang amat mendalam dalam hidupnya……
janganlah kita terus mengesyaki atau memikirkan bahawa seseorang yang membuat masalah itu adalah terlalu mengikut kata hatinya ………….. terlalu banyak memikirkan perkara yang remeh semata – mata ………..
Sedangkan dalam kotak pemikiran nya hanyalah satu…iaitu orang yang dia sayang dan cinta kerana ALLAH .
cubalah kita belajar untuk menyelami hati budi dan perasaan seseorang itu walaupun ianya terlalu sukar…….
Janganlah kita anggap dia adalah orang yang kuat dan tabah ………… sedangkan dia amat perlukan sahabat disisi dalam apa jua keadaan sekalipun……….
Janganlah kita nantikan dia meluahkan baru kita cuba untuk memahami ………… nak menyatakan sesuatu perkara itu memerlukan dia untuk memikirkan banyak kesan pada orang yang dia sangat sayang …………
Kadang – kadang pemikiran secara dewasa juga perlukan tapisan untuk ditafsiri ….. kelukaan dan kesakitan dalam hati seseorang sukar untuk difahami seandainya kita tidak benar – benar menyelam ke dasar makna apa yang tersirat dan terbuku di dalam kotak hati dan jiwanya…….
Kenapa harus dibiarkan hatinya terus sakit dan terluka seandainya dikau mampu untuk menenangkan mahupun menyejukkan jiwanya dengan kata penuh berhikmah ……..
cubalah memahami dirinya bila dia sedang amat terluka …….. hilang arah ……… cubalah untuk faham walau untuk seketika ………….
Walaupun sedetik saat berlalu ……….. fahamilah dengan hati nurani seorang insan yang bergelar wanita mahupun lelaki ….
Usah difahamkan dengan emosi bertingkah ………… bicaralah dengan nya secara lembut selembut perwatakan mu sahabat . ……… selembut bahasa mu teman………
kau terlalu emosi ……….
Bila berbicara dengan ku saaat itu dikala aku sedang dalam dilema ………….. kebingungan sedang cuba berdiri mencari sinar …….
aku bagaikan hilang arah dan punca bila saja saat kata - kata mu semakin melukakan. …… biarpun dikau semua tidak pernah menyedarinya …….. mungkin ………..
Aku tidak pernah meminta mu menjadi seperti siti khadijah……. fatimatun azzahra………..apatah lagi aisyah …….. aku tak pernah pinta sesipapun sesempurna serikandi syurga itu ……….
Aku juga tak pernah meminta mu menjadi seperti umar al – khatab , uthman bin affan ……..mahupun abu bakar as – sidiq……… sehebat pahlawan islam …….. tapi belajar mencontohi mereka …………..
hanya ku pinta satu hati yang fahamiku saat memerlukan . ……….. aku juga bukanlah orang yang sempurna kerana diriku hanya hamba biasa…… aku sedar itu………
Tapi aku tak pernah paksa sesiapapun berikan hati nya padaku …………
Aku Cuma semakin penat dan letih …………… kerana aku ibarat melukut di tepi gantang…………. Mengharapkan kasih seorang sahabat ……..
Letih.……….
penat………….
semangatku yang telah hilang ini harus aku wujudkan lagi .……… walaupun aku harus mulakan dengan bertatih kembali ………
Kelukaan yang ku ada belum pun terubat lagi walaupun seinci ……. aku tak ingin melukakan hati sesiapa lagi ……aku juga tak ingin melihat mutiara – mutiara jernih itu …………. Ia menjadi satu kesakitan yang menikam hati nuraniku …
CUBALAH MEMAHAMIKU
Di sebalik lindungan hati ,
Tersimpan berjuta rasa ,
Di sebalik mekarnya senyuman ,
Tersembunyi bermacam kerisauan ,
Mata yang terzahir ,
Tak mungkin dapat menceritakan ,
Tentang mata hati ,
Perasaan yang terungkap ,
Tak kan sama dengan lukisan jiwa ,
Setiap bait kata ,
Tak dapat menyejukkan jiwa ,
Andai perasaan ternoktah dihati ,
Biarkan jiwa terus melayang ,
Biarkan bibir sentiasa mekar dengan senyuman ,
Biarkan !
Segalanya hanya diriku yang memahami ,
Tuhan ku tahu tentang segalan ya ,
SAAT ITU ……………
Sejarah baru dalam hidupku ……… menjadi igauan yang amat nyata dan jelas dalam mimpi dan hidupku sehari – hari ….. aku tak ingin lagi saat yang sama berulang kembali ………..
ianya amat menyakitkan ………. amat sukat dihilangkan dan dipadamkan sedangkan tindakan ku adalah berbeza dengan harapanku pada saat itu sahabat……….
Ketika mana diwaktu sinar nan mentari belum merungkaikan sepenuhnya pelukan pagi …………. Saat itu episod ku bermula sahabat tercinta………. Ingatkah lagi kalian pada drama yang penuh kesyahduan itu ????????
saat itu sudah tidak ada daya nya lagi bagi diri ku……….
Saat babak latihan drama english kita semakin mendekat buat ku……. Kaki senang sahaja melangkah dengan longlai nya……. Sedangkan tanganku laju menaip sekeping mesej dan terus saja dilayangkan bila kaki semakin deras melarikan diri ….
Aku terdengar laungan suara si sahabat,sarah memanggil – manggil namaku…..
Tapi, hatiku tiada di sana sayangnya…….. tidak terhirau dan tersahut panggilan mu sahabatku …….. terus saja lencongan kaki melulu ke blok ku…… aku ingin melihatmu najwa teman yang ku tinggalkan dalam terpaksa demi permintaan yang aku rasa adalah tidak wajar saat itu dari sahabat yang kusayangi kak nurul ……..sahabat satu perjuangan ku…….
Apakah terbaring mu kesakitan sendirian teman ???
Aku bimbang…….. tapi bila saja kaki menapak sederap dibilik bahagia ku……. Deringan telefon asyik saja memanggil….. terpaksa jua aku angkat tika itu ..lemah saja sambutan suaraku pada si pemanggil ……… kak nurul kenapa tak di mengerti lagi ???????
Aku turutkan saja permintaan mu yang terlalu beremosi itu …….. tidak mahu aku bina huru hara murahan pada teman sekuliah yang lain …aku tidak rela sahabat ku dimalukan semuanya ……. terpaksa lagi aku tinggalkan si teman yang terbaring lesu di tilam empuk ku ……
Pertemuanku dengan kak nurul di satu sudut antara dua blok ……. Melabuhkan duduk antara kami berdua di kerusi yang telah sedia ada disana …….. perbincangan yang tersulam emosi mula bermadah ……. Mutiara jernih nya menitis lagi ……….aku tak sanggup melihat …….. tapi dek kerana tekadku sebelum itu……. ku tahan jua mutiara jernih ku dari membasahi wajah ku yang kusam saat itu…………..
Pujukan demi pujukan ……... rayuan mu sayu buat melembutkan hatiku ………... mematahkan egoku…… meruntuhkan rajuk ku…….. tibanya deringan telefon memanggil ku ….. kedengaran kak farah itu mulai bicara ……. Wahhhhhhhhhhh……….. mengapa emosi mu begitu ????????
Katanya aku tidak bertanggungjawab …….. benarkah itu ………mungkin boleh aku katakan ya untuk kata –kata tajam mu itu wahai akak yang aku hormati………. Telefon ku matikan ….. perbualan ku dengan kak nurul dimulai lagi ……….
Namun segala nya sia –sia, aku Cuma nyatakan dua ……..
“tak nak , tak ada apa “ jawapan yang mudah bagiku dikala itu…… bagi menjawab segala persoalan dan pujukanmu ….
Kak nurul kau semakin hilang sabar …….. dicabarnya aku tika itu …… terus saja aku sahut cabaran dengan hati yang mula terluka ……. Kumulakan langkah pulang untuk seketika ditempat yang aku tinggalkan tadi mulanya……….. tapi, bukan untuk apa ……. Aku Cuma ingin nyatakan cabaran mu akak ………
Berdiri aku di sudut tangga mini stadium lama itu , menunggmu yang saat itu sedang berpelukan dengan sarah yang memanggil ku tadi nya…….. sedang yang seorang lagi mengelap mutiara dengan sisipan lengan t-shirtnya yang sopan …… aku kegeraman …. Berpusing dan melulu ke arahmu …….jeritan ku terlontar laju meluncur …………
“akak tadi nak dengar sangat kan ????? marilah ………… “
Ya Allah ……..
Kenapa aku berkasar dengan kak nurul nie……….
Ahhhhhhhhhhh………….hati kecilku sempat lagi berbisik ……….
Kak nurul dan dua sahabatku merangkap adik bagi dirinya…….. bergerak kearah ku dalam tangis dan marah yang menjulang …. Aku terus menyatakan maksud hati pada seluruh isi kelas ku ……... terpana jua mereka …….. ada yang menyindir dengan kata – kata yang terlalu pedas ……. Kata fitnah bagiku saat itu ………
Hatiku bermonolog jua dalam keadaan yang kurasakan genting saat itu ….
Kau tidak pernah mengenali hati budi ku ….tapi sanggup mengutuk seteruk itu ….. seburuk begitu anggapan mu rupanya ……… tolonglah kunci mulut mu …….. kau belum layak lagi menilai ku seperti itu ……………
Akak adik mu yang ber t- shirt sopan itu terlalu emosi bila saja kata ku terluah ………
Ditolaknya bahuku ………. Dijeritkan menanyakan 10 sebab padaku sambil esak tangis yang masih berlagu ……. Sakit nisa’ ……. Tolong jangan buat kan aku seperti ini …….hanya kata itu mampu kulontar dalam hati sepi…….. Mindaku kala itu sudah di awan tinggi ……. Sanggup kau tanyakan aku sebab lagi ……. Tak mengerti kah ?????????
Aku tidak menghiraukan mu lagi ……. Kaki ini melakar langkah baru ……… kau cuba menyekat ku nisa’ …… tapi,kak fira yang aku kenali itu ……...yang sedang berdiri di tangga bersama sahabat karibnya maya ……….. menjerit padamu …….”biarkan dia …… “
Hanya itu mampu ku dengar …… yang selain nya hilang dibawa angin ………
Kak nurul kau masih lagi dengan tangis mu ….. dipeluk erat si adikmu sarah ……… aku tidak sanggup menatap wajahmu …………...terus ku toleh kehadapan……..
tiba – tiba adikmu sarah menjeritkan sesuatu padaku …… ahhhhhhhhhhh…………. Tidak lagi aku peduli ……langkah diteruskan jua ……….. saat dan detik itu hanya tuhan yang tahu ……… kaki ku tidak terasa cecah kebumi …………. Otak ligat menyimpul makna ……… mengarang puisi hati ………. namun tak tercoret jua ……..
akhirnya langgkahku berhenti di persimpangan cintaku …….. kamar yang ku rindu …….. mata ku tertumpu pada teman yang sedang lena terbaring…..diam saja aku melangkah ……….
Cermin kamar ditatap lama ……. Tapi untuk kesekian nya mutiara jernih ku mula menitis …….. mulanya gerimis Cuma …. Namun bayangan saat – saat yang baru ku hadapi tadi mula terlayar bagaikan teater buatku …….. mutiara yang bergerimis mula membanjiri anak mata yang semakin kuyu dan lesu ………..
esakan ku mula kedengaran ……… kutahan nya lagi……… tapi tak berdaya …….. teman yang dalam lena terjaga jua ……. Dipanggil nya aku yang sedang kesayuan itu untuk ada disisinya ,……….. disoal nya aku …….. mulut ku mula menutur bicara …….. bila saja terluah segala nya ……..mutiara ku terus saja terhenti ……. Aku tak ingin fikirkan nya lagi …………
Sahabat ……… jalanilah hidupmu seperti biasa ….. usahlah dirisaukan aku lagi ………..
sudah tidak bermakna lagi sebuah perhatian yang aku dambakan dahulu ……… aku adalah aku ….. tetap jua pesalah atas segala apa tindakan ku sendiri …………..mungkin akulah pesalah sebenar dalam membuat keputusan….mungkin aku terlalu beremosi….atau mungkin saja aku tidak memahami kalian …..maafkanlah aku….. usahlah dirisaukan diriku kerana aku sekarang sudah cuba untuk bina keyakinan dan tembok keteguhan dalam hati ……… aku tak ingin lagi kesakitan dan kelukaan menghuni hati…….
aku perlu berjuang untuk hidupku sendiri…………… perjuangan aku haruslah begitu bermakna …………… biarpun dalam perjalanan itu kehidupanku diambil sementara …. Tiada lagi makna yang mesti aku fikirkan .. kelukaan juga menjadi makanan hati ………. Walau bibir terukir senyuman……
aku perlu berjuang untuk hidupku sendiri…………… perjuangan aku haruslah begitu bermakna …………… biarpun dalam perjalanan itu kehidupanku diambil sementara …. Tiada lagi makna yang mesti aku fikirkan .. kelukaan juga menjadi makanan hati ………. Walau bibir terukir senyuman……
KENALI AKU
Ya Allah…………
Jiwaku sekarang terseksa ,
Hatiku buntu ,
Bagaikan hilang arah tuju ,
Ya Allah……….
Rahsia hati dan jiwaku ,
Yang terlalu lama kupendam ,
Bilakah akan terpadam dalam ingatanku ,
Ya Allah………
Di saat malam
Semakin pekat warnanya…
Corak hatiku semakin hilang ,
Perasaanku bagaikan di awangan ,
Kebuntuan menjengah fikiran ,
Ya Allah…..
Bantulah hambamu ini ,
Aku tak kan mampu …..
Menjadi aku yang dulu lagi ,
Pulihkan hati , jiwa , dan semangatku…..
Ya Allah…………………
Peristiwa menyakitkan itu mulai memudar …………… kotak hati ku itu kusimpan dalam ……… biar ia jadi memori buatku saat dewasa nanti …………..aku ,kak nurul,adik-adiknya merangkap sahabatku jua serta sahabat yang seangkatan denganku yang lain nya …….semakin cuba membaik lagi …….. kerana aku bukan manusia yang tidak berhati …….. kerana mereka jua manusia yang ada rasa kasih dan sayang…..
Insya Allah …….. memori itu akan menguatkan lagi ukhwah kami buat selama-lamanya……………..
Episod dan coretan tinta baru buat sahabat – sahabat yang aku amat sayangi dan cintai kerana Allah………
Sahabat pernah kau dengar ungkapan arab mengatakan
“ Nahnu du’atun qabla kulli sya’in “
( kita adalah penyeru dijalan allah sebelum menjadi apapun )
Kuharapkan bila tiba saat yang dinantikan kita akan bangkit bersama menjadi mujahid dan mujahidah terbilang dalam menegakkan agama Allah yang suci……….
Lupakan segala sengketa ……… dibenak minda kita………….pasak kan kata kunci……..hanya ada satu jiwa ……..
ukhwah fillah ……….
Abadan abada………
Berjuanglah nanti untuk agama yang telah lama kita anuti dan amalkan semenjak dari awal kelahiran kita sebagai khalifah dimuka bumi yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini…………
Sepertimana dalam surah an-nahl : 78
“ dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia memberi kamu pendengaran penglihatan dan hati , agar kamu bersyukur “
sahabatku yang tersayang marilah bina kembali tautan jalinan hati ………….. marilah kita sulami dengan benang sutera dan emas cinta ………… sahabat ku sekalian marilah kita sama – sama menyelam ke dasar makna tentang apa yang dicoret tentang sahabat ini ………… moga menjadi ukuran nilai persahabatan buat kita semua ……………
kata – kata pujangga dari imam syafie :
(dari sahabat untuk sahabat )
“ aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ku,
Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati .
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang .
Semakin ramai sahabatku , semakin aku percaya diri .
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baik nya dalam suka dan duka .
Jika aku dapat , aku ingin setia pada nya .
Renungkan bersama sahabat…
“ wanita ibarat rama – rama ,
Apabila jari tersentuh sayap rama – rama ,
Maka corak nya akan hilang ………
Begitu juga dengan wanita ,
Apabila lelaki bukan muhrim di biarkan
melihat dan menyentuh mana – mana bahagian tubuhnya ,
Maka akan hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu ,
Jagalah sebaik mungkin dirimu dan auratmu ,
Kerana seindah – indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah ,
Dan malu itu sebahagian dari iman ……….
Pelihara lah ia kerana dirimu sebaik – baik penghormatan . ….
Buat mujahidah solehah………..
Dengan kecantikan mu kau lebih elok dari sinaran mentari ,
Dengan akhlak terpujimu kau lebih wangi dari haruman bunga dunia ,
Dengan kerendahan hati nuranimu
kau lebih tinggi dari sang rembulan malam ,
Dengan kelembutan mu kau lebih halus dari rintikan hujan ,
Lebih halus dari sulaman benang sutera ,
Maka pertahankanlah keindahan itu ,
Agar kau terus –terusan menjadi sayap kiri pada perjuangan islami ,
Penegak kalimah Allah di muka bumi ini .
Sahabat - sahabat ku yang budiman …….. para mujahid dan mujahidah……… hiasilah hari mu dengan alunan suci “al-Quran “, bersihkan bibirmu dengan “zikir munajat “ , damaikan jiwa mu dengan doa kerahmatan , moga
kehidupan mu disinari cahaya keimanan ……..
ingat lah kebahagian itu terletak pada jiwa , ketenangan itu kepunyaan hati , biar duka membuat kita sengsara , namun ingatan pada Allah jangan leka ….
Buat sahabat – sahabat ku , kehidupan ini bukan nya sesuatu yang terlalu sukar mahupun mudah. Segalanya terjadi atas kemahuan dan niat dari hati yang tulus ikhlas.
Alhamdulillah …. Syukur ke hadrat ilahi pementasan drama itu berlangsung dengan jayanya. Walaupun sedikit kecewa buat sahabat – sahabat ku tercinta bila saja tidak tercalon ke peringkat akhir. Namun sahabatku mungkin saja ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian yang tak terduga itu …..
Peristiwa sepanjang english week memang banyak mengajar kita semua makna menjadi lebih matang dan berfikir secara lebih dewasa.
Beberapa bulan berlalu, final exam semester empat mulai melambai kembali…. Saat – saat yang begitu berharga buat yang bergelar pelajar bilamana saat yang lalu itu berlalu dalam hingar bingar ,terkejar – kejar ,berlari – lari anak menyiapkan assigment ,pembentangan kelas ……. Segala – galanya telah terlaksana hasil usaha dan tekad yang padu…..
Kini kita sama – sama bersengkang mata,study group merata –rata…… libry,bilik study,surau,bilik tv dan semua tempat yang mampu menenangkan dan memudahkan waktu study terlaksana dengan jayanya …….
Demi mencapai matlamat azam yang telah erat tersemat dalam hati badan dan mata sanggup berletih……. Saat yang begitu indah sahabat . saat ini ukhwah kita makin kukuh lagi …… merapatkan yang jauh , memaaafkan salah dan silap ………
Aku doakan semoga kita semua mendapat anugerah yang cemerlang sahabat – sahabatku …… amin ……… moga usaha kita selama berhari – hari tidak kan berlalu dengan sia – sia sahaja ….. insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan