tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Selasa, 31 Disember 2013

BINGKISAN CINTA


kUTELUSURI DISEPANJANG PERJALANAN
MEREDAH SEGALA ONAK DURI
UMURKU JUA SEMAKIN MARA KEHADAPAN
HIDUPKU MASIH DI SEPARUH PERSIMPANGAN
PENGEMBARAANKU MASIH JAUH
KEMUDI KAPALKU MENGHARUNG GELOMBANG
MENANTI MENTARI BERSINAR DI PELABUHAN

HATI DAN JIWA SALING BERBISIK
HANYA BIBIR MAMPU MEGUKIR
SECANGKIR SENYUM DALAM HAMBAR
SAAT CINTA MENGETUK PINTU DIRI
KALBU TERASA DISIAT SEMBILU
TERASA LEMAH UNTUK BERDIRI
HIDUP INI MASIH PANJANG
CITA-CITA HATIKU MASIH MENCARI
MENGEJARKAN MATLAMAT DIRI

BINGKISAN CINTA
SEHARUM MAWAR
SEINDAH BIRUNYA LANGIT
SEPUTIH OMBAK DI LAUTAN
HATIKU MENGARANG RINDU
INGINKU MENGULIT RASA BAHAGIA
JIWA MASIH BERHARAP
IMPIANKU UNTUK SELAMANYA

AKU INGINKAN
BINGKISAN CINTA TUHAN
AKU FAHAMKAN
TERPATRI AYATNYA DALAM INGATAN
AKANKU BUKA BINGKISAN CINTA INSAN
ANDAI CITAKU TERLAKSANA
AKU INGIN ZURIATKU NANTI
MEMAHAMI BINGKISAN CINTA TUHAN
AKU INGIN MAHLIGAIKU
INDAH DALAM ISLAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan