tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Rabu, 18 Disember 2013

AKU SEORANG HAMBA

Indahnya kurniaanmu Ya Rabbul Izzati
diberikan mata buatku melihat
keindahan ciptaan-Mu
diberikan telinga buatku mendengar 
merdunya irama dunia
diberikan mulut buatku mengalunkan
hebatnya ayat-ayat suci kalamMu
diberikan hidung buatku mencium
harumnya alam binaanMu
diberikan aku tangan untuk melakarkan
corak-corak hidup pada perjalanan kehidupan
diberikan aku kaki untuk melangkah
gagah menyelusuri arus gelombang mendatang
aku seorang hamba
segalanya milik Yang Esa



setiap derap kakkiku melangkah

usai tangisku menginjak dunia
segalanya kurniaan Mu
aku seorang hamba
hatinya penuh leka
alpa dengan dunia sementara
hilang segala rasa bertuhan
jiwanya rebah pada nafsu semata



Ya Allah 

aku seorang hamba
rebah tersungkur
dalam dakapan dunia
dibuai indahnya cinta
bertatih aku bangkit
mengejar waktu semalam
kerana aku bukan pendosa
lahirku suci ciptaanMu



tersungkur aku dianjakan waktu

lelah letih aku berlari
mengejar cinta dariMu Rabbi
imanku semakin tipis
kudrat menyingsing pergi
lemah aku sendiri
lemas dalam dosa



ya Allah

aku mengemis cintaMu
aku inginkan redhaMua
dakaplah daku dalam kasih_mu
tuntuni aku dalam rindu-Mu
kerana aku seorang hamba
terhantuk hatinya pada kesilapan
membetulkan pada kebenaran
mencari jalan pulang
pada-Mu Tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan