tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Selasa, 4 Februari 2014

PURATA PERBELANJAAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA :)

Perancangan Kewangan Perkahwinan vs Perancangan

 Kewangan Keluarga

Grafik ini kami petik dari FB ikahwin.my.

Secara umumnya, ia sudah menjadi budaya dalam


 masyarakat kita untuk bermewah-mewah dalam 


majlis perkahwinan.

Sedar tak sedar, budaya ini sudah mengakar dalam 


masyarakat kita sekian lama, dan sebenarnya 


membawa lebih banyak keburukan berbanding


 kebaikan.




Dalam masa sama, P. Ramlee melalui filem seniman



Bujang Lapok juga pernah melontarkan kritikan sinis

 isu ini lewat filemnya.


Masih ingat satu scene dalam filem Seniman Bujang


Lapok, ketika Ajis dan ibunya berbincang bersama 



rakan-rakan serumahnya; Ramli dan Sudin?


Ketika itu mereka berbincang tentang hantaran yang 


tinggi diletakkan oleh emak si Eton kepada Ajis,


 tibatiba mereka terdengar jiran sebelah bergaduh


suami-isteri.



Rupanya-rupanya pergaduhan suami-isteri jiram


 mereka berpunca dari keenggananan si suami


 membeli emas kepada si isteri. Si suami mengatakan 


bahawa dia tidak mampu dan si isteri mendesak.


Apabila diungkit-ungkit, maka si suami mengungkit-


ungkit kisah hantaran yang diletakkan oleh keluarga si


 isteri sebanyak RM5,000 sehingga si suami terpaksa 


meminjam ceti.

"Anak sudah tiga orang, tapi hutang benggali masih


belum habis." kata suami berkenaan.


RM5,000 jika dinisbahkan kepada zaman sekarang


 selepas inflasi 4%, ia sekurang-kurangnya


 bersamaan 


dengan RM40,000!


Sekalipun filem tersebut pada tahun 1960-an, ia masih


 releven hingga sekarang.

Ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat

 apabila terpaksa memohon pinjaman peribadi untuk



melangsungkan perkahwinan, walhal ada perkara 


yang lebih besar daripada itu.


Berkahwin bukan sekadar untuk mengadakan majlis


 besar-besaran, ia adalah untuk membina sebuah 


rumah tangga dan keluarga.

Dalam kewangan juga, ada perkara yang lebih penting 


daripada membiayaai kos majlis perkahwinan, yang 


majlisnya hanya sehari.

Ya, HANYA SEHARI majlis kenduri perkahwinan atau


 paling lama mungkin dua atau tiga hari, dan jika


 dikenang orang pun paling lama mungkin seminggu 


atau sebulan, kerana selepas itu ada majlis 


perkahwinan yang lebih GRAND!

Dalam sebuah perancangan kewangan keluarga, ada 


perkara yang lebih penting lagi dariapda kos majlis 


perkahwinan, antaranya;



+ Merancang pembelian rumah kediaman. Ia gunanya 


untuk sesebuah keluarga mendiaminya. Jika harga


 sebuah rumah RM200,000, sesebuah pasangan perlu 


menyediakan sekurang-kurangnya RM20,00 ke


RM30,000 yakni 10%-15% untuk deposit dan yuran-


yuran lain untuk membeli rumah




+ Merancang pendidikan anak. Ibu bapa yang baik 


ialah ibu bapa yang dapat menyediakan pendidikan 


yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pendidikan


 yang baik tidak semestinya mahal, namun selalunya 


ia memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan 


pendidikan yang baik.



+ Perancangan persaraan. Biarpun pasangan yang


 berkahwin baru berusia 25 hingga 30 tahun, namun



 perancangan persaraan perlu dimulakan sekarang 


supaya dapat bersara dalam keadaan selesa tanpa


 perlu berpenat lelah di usia emas dan menyusahkan


 anak-anak.




+ Perancangan menunaikan haji. Kos haji hari ini 


sekitar RM10,000 -RM20,000. Ia akan meningkat dari 



masa ke masa. Justeru, menunaikan haji di usia muda



dan bertega adalah lebih baik.




+ Dan banyyaaaaaakk lagi, daripada merancang


 kewangan untuk membiayai perkahwinan sahaja,



yang hanya SEHARI majlisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan