SELAWAT DAN SALAM KEATAS NABI MIHAMMAD JUNJUNGAN YANG TELAH MENGAJARKAN KEMULIAAN, KELEMBUTAN DAN KETEGASAN.
ANTARA BUKU YANG MENARIK UNTUK DIBACA... SAYA SARANKAN UNTUK SAHABAT 2 BACA YA :) ....
ANTARA BEBERAPA SELINGAN MESEJ BERGAMBAR YANG ADA DLM BUKU NI ..
SEDIKIT ISI BUKU DIATAS YANG MENARIK PADA PANDANGAN SAYA SELAKU PEMBACA :)
"BERMULA DARI PERASAAN YANG TIDAK KERUAN. DILENGKAPI DENGAN KERAGUAN DALAM PILIHAN, APAH DIA ATAU YANG LAIN SAHAJA. DITAMBAH DENGAN GELISAH HATI SAAT TERKENANG AKAN DIRINYA., YANG SELALU MENGGUGAT KONSENTRASI SAAT TERINGAT NAMA DAN WAJAHNYA. KEMUDIAN HATI BERSATU DENGAN FIKIRAN MENCUBA SALING MEYAKINKAN BAHAWA DIALAH YANG PASTI DI HATI."
"DIALAH YANG AKAN MENGHARUNGI BAHTERA KEHIDUPAN DALAM IKATAN SUCI. DIALAH ORANGNYA YANG AKAN MENJADI PASANGAN SEJOLI, SEHIDUP DAN SEMATI. DIA JUGALAH YANG AKHIRNYA AKAN MENJADI SUAMI ATAU ISTERI KITA HINGGA KE AKHIRAT NANTI."
"INI BUKAN SEMATA-MATA KEHENDAK KITA SEBAGAI MANUSIA. TETAPI INI ADALAH KURNIAAN ALLAH. ANUGERAH YANG SANGAT BESAR KERANA TELAH MENGIRIMKAN MAKHLUK INDAH YANG BERSEDIA MENJADI PASANGAN HIDUP KITA SAMPAI AKHIR NANTI. MAKA, BUKANKAH SANGAT LAYAK JIKA KITA BERSYUKUR TERHADAPNYA? BERSYUKUR KERANA TELAH MEWUJUDKANNYA, DIPERTEMUKAN DENGANNYA, MENIKAHINYA DAN MENJAGANYA SEHINGGA AKHIR HAYAT. INILAH PILIHAN YANG KITA HARUS PILIH, BUKAN HANYA MENCINTAINYA TETAPI TIDAK MAHU MENIKAHINYA."
"MEMBINGKAI CINTA DENGAN BINGKAI YANG DIBENARKAN AGAMA. SEHINGGA HUBUNGAN MENJADI LEBIH KEKAL DAN LEBIH BERMAKNA."
"HADIS RIWAYAT TARMIDZI, IBNU HIBBAN DAN HAKIM: TIGA GOLONGAN YANG BERHAK DITOLONG OELH ALLAH: 1- ORANG YANG BERJIHAD ATAU BERPERANG DI JALAN ALLAH. 2- HAMBA YANG MENEBUS DIRI DARI TUANNYA. 3- PEMUDA ATAU PEMUIDI YANG BERNIKAH KERANA MAHU MENJAUHKAN DIRINYA DARI YANG HARAM"
"RUMAHTANGGA ISLAM ADALAH RUMAHTANGGA YANG DI DALAMNYA TERDAPAT IKLIM YANG SAKINAH(TENANG), MAWADAH(PENUH CINTA) DAN RAHMAH(SARAT KASIH SAYANG). PERASAAN ITU SENTIASA MENAUNGI SUASANA RUMAH SETIAP HARI. SELURUH ANGGOTA KELUARGA MERASAKAN SUASANA 'SYURGA' DI DALAMNYA. SESUAI DENGAN SLOGAN YANG DIAJARKAN OLEH RASULULULLAH IAITU 'BAITI JANNATI-RUMAHKU SYURGAKU' "
"TERJEMAHAN SURAH AR-RUM AYAT 21- DAN DIANTA TANDA-TANDA KEKUASAANNYA IALAH DIA MENCIPTAKAN UNTUK KALIAN ISTERI-ISTERI KALIAN DARI JENIS KALIAN SENDIRI, SUPAYA KALIAN CENDERUNG DAN MERASA TENTERAM KEPADANYA DAN DIJADIKANNYA ANTARA KALIAN RASA KASIH DAN SAYANG. SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG BERFIKIR"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan