menggapai dalam gelap
lautan hati
penuh dusta
mengorak langkah
gagah perkasa
sederap bertapak
aduhai manusia
segalanya alpa
mencerna kata nista
mengukir kata
menebarkan segalanya
dia baru bertatih
melangkah penuh
letih
mengapa hatiku
pedih
terasa sayu
sedih
bagaikan merintih
semalam menjengah
kenangan
mengukirkan ketenangan
pada sebuah
kedamaian
yg bawa aku
belayar aman
penuh pengharapan
mencari redha dari
Tuhan
titis hujan
embun hati
kemarau diri
pada keinginan
menggharap sedikit
ihsan
pada ukiran
kemanusian
seorang insan
selamilah lautan jiwa
andai kau tidak
mahu kecewa
renangi sungai rasa
andai kau tidak
terleka
memahami monolog
bait kata-kata
menggambarkan segalanya
siapa aku
sebenarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan