Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambanya…
Ya Allah, jika Engkau takdirkan dia adalah jodohku;
Maka Engkau peliharalah perhubungan ini;
Namun jika Engkau takdirkan dia bukannya jodoh yang telah Kau tetapkan
untukku;
Maka aku mohon dengan sedalam hatiku;
Pisahkanlah hati kami daripada saling mengingati.
Ya Allah, jauhkanlah perhubungan ini daripada menjadi ladang tempat
menanam pohon-pohon dosa di neraka;
Jauhkanlah perhubungan ini daripada perkara yang sia-sia;
Sesungguhnya hanya dengan kekuasaan-Mu;
Ya Allah jauhkanlah hatinya dengan hatiku daripada maksiat dan zina;
Jauhkanlah kami daripada neraka Mu yang menjulang panasnya;
Jika takdir daripada-Mu Rabbi, dia kau takdirkan menjadi milikku yang
halal disisi-MU;
Akan ku sayangi dan cintai dirinya dengan seluruh hati dan jiwaku;
Kerana dia adalah amanah daripada-Mu untuk ku;
Temukanlah kami cinta yang membawa ke syurga-Mu Ya Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan