tik tok ku "SI PENYU "

kebesaran ILAHI

kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)


"Dalam ajaran ISLAM, masa untuk kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita adalah ketika tempoh pertunangan"

Sabtu, 21 April 2012

MONOLOG DIRI

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN .. SETIAP PERKENALAN YANG DIMULAI JUGA PASTI AKAN ADANYA JUA PERPISAHAN ... SEANDAINYA TEMPOH WAKTU PERKENALAN YANG PANJANG ITU BERLALU PERGI .. KITA HARUS MELEPASKAN NYA .. USAH DIPEGANG ERAT ... KERANA IANYA AKAN TETAP TERPUTUS JUGA WALAU SEKUAT MANA PEGANGAN KITA ... MENGAPA DIBIARKAN MINDA TERUS BERMAIN MENGIKUT MELODI HATI YANG SEDIKIT GUNDAH DAN SEPI ...  MULAKAN HARI YANG INDAH KEMBALI .. DENGAN TERANGNYA CAHAYA MENTARI .. INDAHNYA CAHAYA PELANGI .. GEMERLAPNYA CAHAYA BINTANG DI LANGIT ...

USAH DINANTIKAN JAWAPAN PADA BAYU ANGIN YANG SENTIASA BERTIUP KERANA KITA TIDAK TAHU BILA JAWAPAN PADA PERSOALAN YANG KITA TUNGGU ITU AKAN HADIR ... MENGAPA BERLAGU GUNDAH DAN HIBA ANDAINYA TIADA KHABAR DAN SALAM ... BIARKANLAH IA BERLALU ... KEJARLAH CAHAYA PELANGIMU ITU HINGGA KE PENGHUJUNGNYA .. GAPAILAH BINTANG DI LANGIT ITU ANDAI KAU YAKIN PADA DIRI .. TEGARLAH BERLARI DIBAWAH TERANG MENTARI .. KERANA KAU SEORANG YANG TABAH DAN KUAT ... 

USAH MERAJUK PADA BAYANG MENTARI SENJA .. PASTI MALAM BERCAHAYA NYA BULAN .. USAH BERDUKA PADA TITISAN HUJAN ... PASTI PELANGI MENCORAK RASA ..BAWALAH HATIMU ... RASA BAHAGIA DAN DUKAMU ... MENGEMBARA KE LAUTAN KEHIDUPAN .. MEREDAH SAMUDERA DAN DENAI-DENAI PERJALANAN ... ANDAI KAU REBAH JANGAN BERPUTUS ASA UNTUK BANGKIT KEMBALI .. ANDAI KAU TERLUKA ... BELAJARLAH UNTUK MENGUBATI ..

KAU PASTI BOLEH .. KERANA KAU MAMPU ... YAKINLAH ALLAH ITU SENTIASA ADA DI SISIMU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan