tik tok ku "SI PENYU "
kebesaran ILAHI
kerjakan sesuatu yang bermanfaat setiap hari :)
barakallah ...
Ahad, 30 Mac 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
Pelindung Vs Perosak
Lelaki yang
bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang
belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya
mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk
menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi
wanita?
Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar,
mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau
dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang
sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available.
Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya
tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak
mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai
begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar,
dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat
kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada
langkah seterusnya. One thing
leads to another.
Silap-silap
lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung
oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan
perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan
yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap
perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak
dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam
kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang
'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa
tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal
kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan
amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin
keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya
akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga
Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat
anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan
memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk
menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang
sempurna melainkan-Nya.
Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak
menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah
kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang
wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single'
kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali
yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian.
Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan
tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan
suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya
perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan
diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga,
yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan
meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita,
sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran
"hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah
bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima
kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan
orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di
mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan
yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik
yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang
lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang
menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah
doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya
Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran
'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa
beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus
dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah
ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan'
melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di
hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati
tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan
baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan
adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa
adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam
dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita
tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah
anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya
kerosakan-kerosakan yang lain.
Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
Glosari
1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2. Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.
- Artikel iluvislam.com
sumber :
Sifat-sifat wanita yang sepantasnya
....Sifat-sifat wanita yang sepantasnya engkau pilih sebagai istri sehingga ia bisa menjadi pengurus rumahmu dan pendidik anak-anakmu adalah wanita yang memiliki agama dan akhlak yang dapat membantumu untuk taat kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Yang mengingatkanmu ketika engkau lupa, menolongmu ketika engkau ingat, mengurus dan memperhatikanmu ketika engkau ada, menjaga hartamu dan kehormatannya ketika engkau tidak ada. Dia membuatmu ridha ketika engkau marah, mentaatimu ketika engkau perintah dan berbuat baik serta berbakti kepadamu.
Seerat genggamannya,
ya Rabb ..
Seerat genggamannya,
Kuatkan pula cintanya.
Seindah jemarinya,
Indahkanlah jiwanya.
Sehalus kulit indahnya,
Haluskanlah perangainya,
Selembut tangannya,
Lunakkanlah hati dan tutur lakunya ...
Rabu, 26 Mac 2014
BILA KITA....
BILA KITA RASAKAN DIRI KITA
BETUL, TERKADANG KITA ADA
JUGA SALAH…
BILA KITA RASAKAN ORG EGO… TP KITA TAK SEDAR KITA JUGA
EGO…
BILA KITA KATA ORG TAK MENGHARGAI…TP KITA JUA TAK
MENGHARGAI…
SEMALAM DIA DATANG
SEMALAM DIA
DATANG
HARI INI DIA
PERGI
SEMALAM DIA
BUAT KU KETAWA
HARI INI DIA
BUAT KU MENANGIS
SEMALAM DIA
BUAT AKU TERSENYUM CERIA
HARI INI DIA
BUAT AKU MURUNG BERDUKA
SEMALAM DIA
MEMUJUK KATA
HARI INI DIA
MENINGGALKAN SEPI
DULU WUJUD
RASA PERCAYA
SEKARANG
HILANG JUA
DULU WUJUD
RASA KASIH PADANYA
SEKARANG
HANYA TANDA TANYA
DULU DIA
MATANG BICARA
SEKARANG BISU TAK BERSUARA
DULU PETAH
MENGHUJAH BICARA
SEKARANG
KELU LIDAH TANPA KATA
BISIK KAN
PADA ANGIN
SAMPAIKAN
RASA
RIBUT
KENCANG MELANDA
KHABAR KU
HILANG JUA
LUKISKAN
PADA PASIR PANTAI
CORAK RESAH
HATI
DIBAWA PERGI
OMBAK DAMAI
PADAM SEGALA
LUAHAN
AWAN
PAYUNGKAN MENDUNG JIWA
GERIMIS MATA
BERDERAI
GUGUR TANPA
SEMPAT TERHALANG
MENTARI MULA
BERSINAR TERANG
KABUS PAGIKU
MULA HILANG
HANYA
TINGGAL BERIBU PERSOALAN
APA GUNA
PEMBOHONGAN?
IANYA AKAN
MENYAKITKAN
APA GUNA
BELAS IHSAN?
IANYA AKAN
MELUKAKAN
Selasa, 25 Mac 2014
HATI
cintailah org yg kamu cintai swajarnya krna bleh jdi suatu hri
klak dia mnjdi msuhmu.dan bncilah msuhmu dgn swajarnya,krna bleh jdi suatu hri
klak dia akn mnjdi org yg kmu cntai....(rwayat al bkhri,abu daud,al trmzi dan
ibn majah drpd abu hurairah)
PASANGAN BAHAGIA
1.Jangan
marah pada waktu yang sama; diam terlebih
dahulu adalah lagi bagus untuk mengelakkan perselisihan menjadi lagi rumit.
2. Kalau bertengkar cubalah mengalah untuk menang,kerana mengalah itu bukan bererti kalah dan juga bukan membawa makna lemah.
3.Tegurlah pasangan Anda dengan kasih sayang dan lemah lembut… gunalah kata-kata yang menyejukkan hati dan mampu menenangkan pasangan anda.
4. Lupakanlah kesalahan masa lalu, perbaiki kembali hubungan yang keruh… setiap apa yang berlaku dalam kisah kehidupan kita adalah ujian … ada hikmah yang tersembunyi … malahan ianya mematangkan diri kita …
5. Boleh lupakan yang lain tetapi tidak boleh melupakan allah, dalam masa yang sama jangan juga lupakan hidup pasangan Anda...hargai kewujudan nya… hargai kurniaan dari Ilahi… jangan menyesali kehilangan yang kita sengajakan kerana keegoan diri kita sendiri…
6. Jangan menyimpan amarah sampai matahari
terbenam…. Bermaksud jangan menyimpan kemarahan untuk tempoh yang lama.. kerana rasa amarah mampu memudarkan rasa kasih dan sayang … malahan jua boleh memadamkan rasa cinta di hati kita pada pasangan.
7. Seringlah memberikan pujian kepada pasangan Anda.. pujian yang ikhlas dan tulus dari hati… kerana pujian yang ikhlas, tulus dan jujur dari hati dapat dirasai oleh pasangan kita dengan rasa kasih sayang dan cinta yang ada di hatinya untuk kita ..
8. Bersedia mengakui kesalahan… jangan menjadikan ego penghalang kepada kebahagian diri kita dan pasangan ...
Isnin, 24 Mac 2014
SURAT UNTUK CALON MENANTU
Duhai gadis, yg baru ku kenal.
Tahukah kau, dia putraku, lahir dr rahim suciku, kupertaruhkan hidupku u memilikinya, anak kesayanganku yg sepanjang hidupnya ku besarkan dgn segenap rasa cintaku..
Tangan renta ini yg mengankat tubuh mungilnya, menyuapinya, menyeka air matanya, dan memeluknya dlm dekapanku..
Duhai gadis, tahukah kau betapa besar rasa cintaku padanya? Bahkan aku tak mampu membayangkan bila ada yg merebutnya dr dekapku..
Tahukah kau gadis? Betapa bangga ku rasakan ketika dia mulai beranjak dewasa? Menatapnya tumbuh mjadi laki2 tegap dan tampan.. Seulas senyumnya mengingatkanku pd senyuman ayahnya yg sgt ku cinta..
Betapa hati ini terus diliputi rasa bangga dan buncahan cinta padanya.. Kebangganku.. Putraku..
Berbagai prestasi dia ukir dan memahatnya bangga tak terperi dalam lubang rasaku.. Dan ku slalu mrasa puas menyebutnya putraku..
Tak sdktpun dia prnh mengecewakanku.. Tak pernah..
Gadis, tahukah kau, betapa haru hatiku, ketika ku melihat perubahannya, mencoba mengenal Diennya lebih dalam dr yg kami ajarkan padanya.. Dia menjadi laki2 sejati, laki2 yg dirindukan syurga.. Aku smakin sayang padanya. Putraku, kini yg malah mengajarkanku bnyk hal.. Mendakatxku padaNya, pada Rabbku yg slama ini ku kenal dg sederhana krn kebodohanku. Tp ku tak malu, mamun sebaliknya, aku smakin bangga pdnya.. Putraku, cahayaku..
Namun, smua rasa itu berubah mjadi takut, cemas dan khawatir..
Ketika dia mnyampaikan pdku keinginannya. Dia ingin menyempurnakan agamanya..
Yah.. Dia ingin membngun rumah tangganya sendiri..
Dan, dia telah memilih, kaulah gadis beruntung itu..
Gadis, tahukah kau? Betapa cemburuku padamu? Yah, aku sgt takut kehilangan putra kesayanganku. Takut kau merebut smua perhatiannya dariku. Takut kbradaanmu, memalingkannya dariku.. Kau akan merebutnya, dan aku cemburu..
Namun, kmbli ku sadari, putraku tak akan memilih wanita sembarang.. Ku yakin kau punya kelebihan yg membuatnya memilihmu, dan ku mulai menata hatiku..
Duhai gadis pilihan putraku..
Ku harap kau memiliki tangan yg lbh lembut dariku, krn ku tak mau kau melukai putraku..
Ku harap kau mpunyai senyum yg lebih sejuk dariku.. Krena kelak, dia akan dtg padamu dalam tiap galaunya, u mencari ketenangan..
Ku harap, kau memiliki pelukan yg lbh hangat dariku.. Krn ku ingin hatinya selalu damai dlm dekapanmu..
Ku harap, kau mempunyai tutur kata yg seindah embun, krn ku tak ingin dia mendengar kata2 kasar dlm hidupnya..
Duhai gadis pilihan putraku.. Jadilah anakku.. Agar tak pernah ku mrasa kehilangan putraku krn kehadiranmu..
Jadilah sahabatku.. Agar kau dpt mencurahkannya rasamu padakku kelak..
Jadilah rekanku.. Agar bersama2 qt membahagiakan laki2 yg sama2 qt cintai..
Untukmu gadis pilihan putraku.. Selamat datang d istana kami.. Penuhilah dgn cinta dan kasih.. Semoga kau bahagia mjadi bagian dari kami..
Padamu gadis pilihan putraku.. Akupun akan mencintaimu..
LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...
Isteri yang terbaik.
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin
saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz
supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama
ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah
kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori
kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan
mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik
dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang
dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada
asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan
agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk
pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga
dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai
teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai
antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial
sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu
jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana
pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat
saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan
untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak
tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita
yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan
membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu
saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan
bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia
bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat
ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah.,
dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis
terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa
sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang
berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin
menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama
nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur
dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih
sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah
juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari
hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang
bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya
saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan
saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang
paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan
saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan
setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan
atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan
saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki
yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam
keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit
sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri
tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan
minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu
saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan
saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi
lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu
lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya
suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika
itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya
beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada
selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya
jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana
saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin
pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya
sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak
yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup
dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis
bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati
abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi
sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang
memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata
pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak
dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin
hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi
katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri
baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis
…sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di
hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan
bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung
semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa
saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada
isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di
telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan
lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada
meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu
adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari
saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya
selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin
sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang
dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika
tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang
abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini
panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa
terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan
abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg
bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan
menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah
ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah
masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya
baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah
sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah
copyright....tajuknya now and forever by richard mark.
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah
kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk
langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu
mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
Langgan:
Catatan (Atom)